BAHAGIAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK & REMAJA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK & REMAJA

AHMAD NAJAHAL HAFRIZ BIN ZULKIFLI
KETUA BAHAGIAN 

Bahagian ini diterajui oleh Ketua Bahagian dan dibantu oleh ketua unit di bawah Bahagian Pembangunan Kanak-kanak dan Remaja.

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan :

  • Memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di bawah YPKDT mematuhi etika dan akta di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia

  • Menyediakan program bimbingan, sokongan, dan nasihat kepada samada ada kepada individu atau pun kelompok melalui perkhidmatan kaunseling, program motivasi dan program kesihatan mental

  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang inklusif, di mana individu berkeperluan khas diterima, dihargai, dan mempunyai akses yang sama dalam pelbagai aspek kehidupan

  • Memastikan pemerkasaan individu orang kurang upaya (OKU) untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berdaya maju dan mendapat peluang yang sama untuk pertumbuhan dan kejayaan mereka.

  • Menyediakan lingkungan yang inklusif dan selamat melalui pengwujudan Taska JCC bagi menyokong perkembangan kanak-kanak secara optimum

  • Memastikan kanak-kanak mempunyai pendidikan yang berkualiti dan kurikulum yang komprehensif sesuai dengan perkembangan kanak-kanak melalui implementasi Modul Jauhar Childcare Centre

Unit utama adalah:

Memperkasa dan mempromosi perkhidmatan kaunseling dan rundingcara yang profesional

Menyelaras program-program intervensi yang sesuai bagi meningkatkan kesejahteraan mental dan pengurusan krisis

Menyelaras program-program latihan yang profesional kepada kaunselor dalam meningkatkan kompetensi dan profesionalisma kaunselor sesuai dengan keperluan semasa

Menyelaras kempen kesedaran umum bagi menangani stigma terhadap golongan OKU dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang disability melalui pendidikan dan latihan

Menggalakan OKU yang berpotensi dengan menyediakan latihan, penempatan pekerjaan dan job coaching di tempat kerja.

Membina jaringan strategik dengan majikan dan organisasi untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada OKU.

Menyediakan program latihan inklusif kepada OKU yang berpotensi dengan menyediakan kursus kemahiran yang mampu menjana pendapatan mereka

Menyelaras program berkaitan perkembangan emosional dan sosial kepada kanak-kanak melalui sistem pendidikan di Taska Jauhar Childcare Centre (JCC)

Memastikan taska JCC mempunyai persekitaran yang selamat dan kondusif bagi mendorong kreativiti kanak-kanak

Memberikan perkhidmatan yang profesional dan menyediakan program intervensi yang komprehensif disamping memastikan kebajikan golongan kanak-kanak dan OKU di dukung dan dijaga

Mewujudkan sebuah komuniti yang inklusif, penyayang, dan berdaya saing kepada rakyat Johor khususnya golongan kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat umum bagi mencapai potensi penuh dalam mempromosikan kesejahteraan holistik

PERANAN / FUNGSI

Bahagian Pembangunan Kanak-kanak dan remaja bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti yang inklusif berkaitan kesejahteraan psikologi di bawah MINDX, pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) serta perkembangan kanak di Taska Jauhar Childcare Centre (JCC) bagi mewujudkan kesejahteraan yang holistik ke arah menghakupayaakan (empowerment) semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama ke arah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan di akhirat.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga kerja YPKDT berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

1. UNIT KAUNSELING DAN MOTIVASI

  • Mewujudkan mekanisma dan sistem pengurusan kaunseling yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
  • Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan yang sah oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.
  • Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
  • Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
  • Permohonan sesi kaunseling akan dilakukan dalam tempoh (5) hari bekerja.

2. UNIT PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA

  • Memastikan pendaftaran pekerjaan OKU diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
  • Memastikan penempatan pekerjaan OKU yang berpotensi dibantu dalam tempoh 14 hari dari tarikh didaftarkan.
  • Melaksanakan pemantauan OKU yang telah ditempatkan bekerja dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Melaksanakan empat (4) kursus kemahiran setahun kepada OKU di Negeri Johor berdasarkan peruntukan semasa.
  • Menyediakan khidmat Jurubahasa Isyarat profesional bagi memenuhi keperluan jabatan dalam mentransformasi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 3. UNIT PEMBANGUNAN AWAL KANAK-KANAK DAN REMAJA

  •  Memastikan proses pendaftaran kemasukan dalam tempoh tiga (5) hari selepas permohonan waktu bekerja diterima.
  • Memastikan kelulusan kemasukan yang layak atau tidak layak ke JCC YPKDT dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Memastikan pembayaran yuran diterima tidak lewat sehingga 10 haribulan setiap bulan semasa. 3.4 Memastikan aduan yang diterima diproses dalam tempoh tiga (3) hari

Accessibility Toolbar

ms_MYMS

Unit Kaunseling & Motivasi

Gambar Puan Hidayah

KETUA UNIT KAUNSELING & MOTIVASI

NUR HIDAYAH BINTI MOHD ASSABRI

Gambar Encik Nazri

PENOLONG PEGAWAI

NAZRI BIN MOHD ZALI GAN

Gambar Encik Azidee

PEMBANTU TADBIR

MUHAMMAD AZIDEE IMRAN BIN RIDUAN

PENGENALAN

Unit Kaunseling & Motivasi (MIND-X) berperanan dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, psikologi serta motivasi kepada semua masyarakat yang berteraskan kepada tiga aspek penting iaitu mental, fizikal dan emosi.

FUNGSI

  1. Melaksanakan sesi kaunseling yang merangkumi aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan kendiri/keluarga/kerjaya dan intervensi.
  2. Menyelia aktiviti perkhidmatan kaunseling yang dilaksanakan secara individu dan berkelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat runding cara dan intervensi krisis.
  3. Menyelia penyediaan laporan sesi kaunseling dan aktiviti yang berkaitan.
  4. Melaksanakan aktiviti/program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi dan kaunseling mernagkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
  5. Menyelia keperluan alat-alat ujian psikologi dan inventori yang sesuai kepada masyarakat

Unit Pembanggunan Orang Kurang Upaya

Gambar Encik Zharef

PENOLONG PEGAWAI

MOHD FADHRUL ZHAREF BIN MOHD FUZI

Gambar Cik Siti Hanim

PEMBANTU TADBIR

SITI HANIM BINTI M. ZULKEPLI

PENGENALAN

Pada Mei 2008, Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan United Nation Development Program (UNDP) mengadakan program “Encouraging Increased Participation by Person With Disabilities In The Workforce in The State of Johor”. Lanjutan daripada program tersebut yang dilihat mampu membantu OKU membangun dari segi sosio-ekonomi, pada tahun 2010, Unit Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (UPPOKU) dan kemudian dijenamakan semula kepada Unit Pembangunan Orang Kurang Upaya (UPOKU) ditubuhkan dan ditempatkan di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

FUNGSI

Posisi Job Coach diwujudkan bagi membantu penempatan pekerjaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Job Coach berperanan untuk:

  • Bergabung maklumat mengenai kekosongan jawatan dengan pencari kerja(OKU).
  • Membina hubungan bersama majikan dan memastikan majikan mendapat OKU yang sesuai mengikut kekosongan jawatan yang ditawarkan.
  • Membuat padanan jawatan dengan kesesuaian OKU.
  • Membina hubungan antara OKU dan persekitaran di tempat kerja seperti hubungan dengan majikan dan rakan sekerja.
  • Menyediakan latihan vokasional dan orientasi di tempat kerja mengikut keperluan pekerjaan.
  • Memberi sokongan pekerjaan kepada OKU.
  • Penilaian.

Unit Pembangunan Awal Kanak-kanak & Remaja

Gambar Puan Azura

KETUA UNIT

NUR AZURA BINTI PATONI

Gambar Puan Emelia

PENOLONG PEGAWAI

EMELLIA FAHARIAH BINTI JAMALUDIN

Gambar Puan Fatin

PEMBANTU TADBIR

FATIN NABILAHUDA BINTI MASKAN

PENGENALAN

Pada tahun 1999, Kerajaan Negeri Johor melalui YPKDT mula menubuhkan TASKA di tempat kerja bagi membantu penjawat awam dari pelbagai jabatan yang mempunyai anak agar dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan TASKA YPKDT selain menyediakan perkhidmatan “alternatif care” kepada anak-anak kakitangan awam, ianya dapat membantu wanita berkeluarga untuk lebih fokus dalam waktu bekerja dan lebih berkerjaya serta membantu mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan pengasuhan kanak-kanak sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Ketiga bertarikh 26 Januari 1999 serta merujuk kepada Pelan Tindakan Pembangunan Wanita bagi Negeri Johor 1997-2001:

  • Wanita dan Keluarga
  • Wanita dan Pekerjaan.

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YPKDT ke-19, mesyuarat telah bersetuju untuk penjenamaan semula TASKA YPKDT kepada Jauhar Kids Centre (JKC). Walau bagaimanapun, pihak YPKDT telah mendapat teguran berkenaan kesesuaian penggunaan perkataan “Kids” daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana penggunaan “Kids” bermaksud kanak-kanak yang berumur di atas lima tahun manakala taska adalah untuk kanak-kanak di bawah empat tahun. Oleh itu, YPKDT telah mengambil maklum serta bersetuju untuk menukar kepada nama yang baharu, iaitu Jauhar Childcare Centre (JCC).

FUNGSI

  • Merancang dan menyediakan kemudahan / sistem sokongan bagi Pendidikan Awal kanak-kanak di Negeri Johor.
  • Merancang dan menyediakan fasiliti / kemudahan kepada ibu bekerjaya, wanita dan masyarakat umum.