


PAUTAN PANTAS
USAHAWAN
Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) merupakan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh YPKDT meliputi kursus kemahiran asas, bantuan peralatan perniagaan dan kursus pengurusan perniagaan.
Sasaran peserta bagi program pembangunan usahawan terdiri daripada Ibu Tunggal, Wanita B40, Belia B40 dan OKU.
YPKDT menyediakan dua (2) jenis kursus melibatkan pembangunan usahawan iaitu :
1. Kursus Kemahiran Asas
Merupakan kursus jangka pendek yang disediakan merangkumi kursus asas masakan, bakeri, pastri dan lain – lain mengikut trend semasa di daerah tersebu
2. Kursus Pengurusan Perniagaan
Merupakan kursus pengurusan perniagaan yang dilaksanakan khusus kepada usahawan yang menerima bantuan peralatan perniagaan di bawah YPKDT. Kursus ini juga terbuka kepada usahawan luar yang ingin mengikuti kursus yang dianjurkan oleh YPKDT.
Pemohon boleh memohon bantuan permulaan perniagaan yang dilaksanakan di bawah Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR). Bantuan permulaan perniagaan boleh dimohon melalui YPKDT Daerah yang berhampiran.
Latihan keusahawanan merangkumi 2 jenis kursus yang disediakan oleh YPKDT. Antara jenis kursus yang disediakan ialah Kursus Kemahiran Asas dan Kursus Pengurusan Perniagaan.
Bazar Suri @ Johor merupakan salah satu platform yang disediakan oleh YPKDT dalam membantu para usahawan dalam mempromosikan produk mereka secara fizikal melalui program atau karnival yang dianjurkan oleh YPKDT atau jemputan daripada agensi luar.
Sila klik butang ini untuk dibawa ke halaman muat turun:
BANCIAN DATA IBU TUNGGAL NEGERI JOHOR 2.0 KINI DIBUKA SEMULA
Kepada;
1. Ibu Tunggal Negeri Johor yang belum mengisi bancian data Ibu Tunggal Negeri Johor;
2. Ibu Tunggal yang telah mendaftar pada 14 & 15 Oktober 2025, dimaklumkan bahawa pendaftaran anda perlu dibuat semula disebabkan berlaku isu teknikal pada sistem pendaftaran terdahulu.
⚠PERINGATAN‼
1. Pendaftaran hanya SEKALI sahaja (sila pastikan maklumat anda tepat sebelum tekan hantar)
2. Sebarang pemalsuan maklumat atau pemberian data tidak benar dalam permohonan ini adalah satu kesalahan.
3. YPKDT tidak bertanggungjawab diatas kesilapan anda memasukkan data didalam bancian ini.
Bagi memastikan maklumat anda direkodkan dengan tepat, mohon untuk mendaftar melalui pautan di bawah atau imbas kod QR yang disediakan.
https://docs.google.com/forms/d/1Tp9aIjbxvh-wF0nLPfeRB1YVnSDk83FB1JzCMkA5PKo/preview
✨ Kami memohon maaf atas kekhilafan ini. Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan semua ibu tunggal di Johor tidak terlepas daripada pelbagai inisiatif, bantuan dan program sokongan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).
Tarikh tutup pendaftaran : 24 Oktober 2025 (Jumaat) sebelum jam 12.00 Tengah Hari