Khidmat Pelanggan

Search

SOALAN LAZIM

USAHAWAN

Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) merupakan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh YPKDT meliputi kursus kemahiran asas, bantuan peralatan perniagaan dan kursus pengurusan perniagaan.

Sasaran peserta bagi program pembangunan usahawan terdiri daripada Ibu Tunggal, Wanita B40, Belia B40 dan OKU.

YPKDT menyediakan dua (2) jenis kursus melibatkan pembangunan usahawan iaitu :

1. Kursus Kemahiran Asas 

Merupakan kursus jangka pendek yang disediakan merangkumi kursus asas masakan, bakeri, pastri dan lain – lain mengikut trend semasa di daerah tersebu

2. Kursus Pengurusan Perniagaan

Merupakan kursus pengurusan perniagaan yang dilaksanakan khusus kepada usahawan yang menerima bantuan peralatan perniagaan di bawah YPKDT. Kursus ini juga terbuka kepada usahawan luar yang ingin mengikuti kursus yang dianjurkan oleh YPKDT.

Pemohon boleh memohon bantuan permulaan perniagaan yang dilaksanakan di bawah Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR). Bantuan permulaan perniagaan boleh dimohon melalui YPKDT Daerah yang berhampiran.

Latihan keusahawanan merangkumi 2 jenis kursus yang disediakan oleh YPKDT. Antara jenis kursus yang disediakan ialah Kursus Kemahiran Asas dan Kursus Pengurusan Perniagaan.

Bazar Suri @ Johor merupakan salah satu platform yang disediakan oleh YPKDT dalam membantu para usahawan dalam mempromosikan produk mereka secara fizikal melalui program atau karnival yang dianjurkan oleh YPKDT atau jemputan daripada agensi luar.

WANITA DAN IBU TUNGGAL

Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) yang merupakan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh YPKDT meliputi kursus kemahiran asas, bantuan peralatan perniagaan dan kursus pengurusan perniagaan terbuka kepada penyertaan golongan wanita, ibu tunggal, wanita B40 dan belia serta OKU.

  • YPKDT menyediakan pelbagai inisatif pemerkasaan wanita di bawah Program Pesona Wanita Johor sama ada dalam aspek pembangunan ekonomi, modal insan, kesihatan fizikal, emosi dan psikologi, pendidikan, keselamatan serta lain-lain program sokongan wanita.
  • YPKDT juga membuka peluang dan ruang kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjalankan pelbagai inisiatif pemerkasaan wanita. Antara program-program dijalankan adalah seperti:
    • Karnival Pesona Johor.
    • Sambutan Hari Wanita Negeri Johor.
    • Konvensyen Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.
    • WCaRe Johor (Women Cancer Reproductive Awareness).
    • Dan lain-lain program bersama NGO wanita.

YPKDT akan sentiasa mempromosi program-program pemerkasaan wanita di laman sesawang YPKDT serta medium-medium media sosial. Justeru masyarakat negeri Johor boleh mendapatkan hebahan terkini  berkenaan program-program YPKDT di platform YPKDT, atau boleh menghubungi YPKDT di setiap daerah.

YPKDT menawarkan beberapa perkhidmatan sokongan kepada wanita johor yang memerlukan sistem sokongan seperti:

  1. Rumah Pesona Johor yang memberikan perkhidmatan Rumah Perlindungan Sementara Wanita yang memerlukan (Kes Keganasan Rumah Tangga yang dirujuk), serta sebagai pusat transit kepada wanita yang memerlukan tempat berlindung sementara yang selamat bagi menjalani prosedur mahkamah.
  2. Bilik Mama Friendly yang merupakan sebuah bilik penyusuan bayi yang kondusif, selesa dan privasi untuk golongan ibu yang telah disediakan oleh pihak YPKDT dengan kerjasama pelbagai agensi di tempat kerja, sekolah, mahupun di tempat awam.
  3. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling, sokongan moral dan bimbingan di bawah inisiatif MIND-X YPKDT kepada golongan wanita yang memerlukan bimbingan serta nasihat berkenaan pelbagai konflik kehidupan sama ada dalam aspek rumahtangga, kekeluargaan, pekerjaan, personaliti, masalah gangguan emosi, ekonomi dan lain-lain lagi.
  4. Jauhar Childcare Centre sebagai pusat asuhan kanak-kanak (taska) yang menyediakan sistem sokongan kepada ibu dan wanita bekerja bagi menghantar anak-anak.

Ibu tunggal negeri Johor digalakkan berdaftar di bawah YPKDT bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan sokongan kepada ibu tunggal. Borang pendaftaran ibu tunggal boleh diperolehi di kaunter-kaunter pameran YPKDT dan di pejabat-pejabat YPKDT terdekat.

Ibu tunggal negeri Johor yang mendaftar di bawah YPKDT berpeluang menerima pelbagai perkhidmatan sokongan dan program-program di pemerkasaan wanita dan ibu tunggal seperti:

  1. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling, sokongan moral dan bimbingan di bawah inisiatif MIND-X YPKDT kepada golongan wanita yang memerlukan bimbingan serta nasihat berkenaan pelbagai konflik kehidupan sama ada dalam aspek rumahtangga, kekeluargaan, pekerjaan, personaliti, masalah gangguan emosi, ekonomi dan lain-lain lagi.
  2. Program-program kekeluargaan di bawah Modul Keluarga Sakinah (muslim) dan Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (non-Muslim).
  3. Program-program pemerkasaan wanita.
  4. Program peningkatan kemahiran dan keusahawanan wanita di bawah Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) merupakan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh YPKDT meliputi kursus kemahiran asas, bantuan peralatan perniagaan dan kursus pengurusan perniagaan

KELUARGA

Penyampaian MKS dan MKSNJ dilaksanakan dalam beberapa kaedah iaitu :

  1. Penyampaian ceramah oleh Penggerak yang dilantik oleh YPKDT iaitu Ceramah MKS oleh Penggerak Sakinah, ceramah MKSNJ oleh Penggerak Wanita.
  2. Penyampaian program Pengamalan Sakinah di Hospital-hospital terpilih oleh Penggerak Hospital iaitu di HSA, HSI, Hospital Permai, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
  3. Pelaksanaan program Sub Modul Keluarga Sakinah iaitu; Program Remaja Sakinah, Selangkah Seiring Jalan, Nostalgia Perkahwinan.
  4. Pelaksanaan Program Kembara Keluarga Sejahtera diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Penggerak Wanita 5. Penyampaian MKS dan MKSNJ melalui platform Massive Open Online Course (MOOC) iaitu pembelajaran secara atas talian

Pelaksanaan dan penyampaian Modul Keluarga Sakinah adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Keluarga dan dilaksanakan diperingkat Daerah yang ditadbir urus oleh Pegawai Tadbir YPKDT Daerah. Manakala penyampaian dan pelaksanaanya adalah di bawah tanggungjawab dan bidang tugas Penggerak Sakinah dan Penggerak Hospital yang dilantik oleh YPKDT dan ditempatkan diperingkat Parlimen atau Hospital yang terpilih. Selain itu, penyelarasan pelaksanaan MKS juga di

perhidmatan penceramah bagi penyampaian MKS dan MKSNJ yang disampaikan oleh Penggerak-penggerak di bawah YPKDT adalah secara PERCUMA .

Anda boleh hubungi pejabat YPKDT Daerah di kawasan anda di pautan :

 

Antara aktiviti/Program Pengamalan Sakinah yang YPKDT jalankan adalah :

  • Pernikahan Sakinah.
  • Pengamalan Hari Ke 7 (aqiqah, cukur rambut bayi, isytihar nama bayi, mendoakan bayi).
  • Aqiqah Berkelompok -Cukur Rambut Bayi .
  • Khatam Al Quran.
  • Penyerahan Taklif.
  • Majlis Berkhatan
  1. Program Permata Sakinah ( Sasaran ; pasangan ibu bapa yang akan menerima cahayamata).
  2. Pernikahan Sakinah (Sasaran; pasangan bakal suami isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua).
  3. Penyerahan Taklif (sasaran : anak-anak yang baru masuk aqil baliqh, pelajar sekolah/remaja).
  4. Aqiqah berkelompok (Sasaran; ibu bapa yang baru menerima cahaya mata, masayarkat setempat).
  5. Pengamalan Hari ke 7 (sasaran : ibu bapa yang baru menerima cahaya mata,

Program Anak Angkat Makmur Johor merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Johor melalui YPKDT dalam menyantuni anak-anak Yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat virus Covid 19 sehingga mereka berusia 18 tahun atau 21 tahun sekiranya masih belajar.

Inisiati-inisiatif AAMJ :

  1. Bantuan Pendidikan dan Perlindungan Insuran – Khas untuk anak Yatim Piatu sahaja – Bantuan RM1,000 setahun ke akaun simpanan SSPN.
  2. Bantuan Tunai Bayaran tunai RM 1,200 kepada semua Anak Angkat Makmur Johor yang berdaftar sehingga berusia18 tahun (atau maksimum hingga 21 tahun jika sambung pelajaran akan dipecahkan sebagaimana berikut : –
    • RM 1000.00 akan dikreditkan ke dalam akaun peserta atau penjaga yang diperakui (bayaran secara berperingkat.
    • RM 200.00 akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan SSPN atas nama peserta dan tidak boleh dibuat pengeluaran sehingga peserta berusia 16 tahun.

 

Accessibility Toolbar

ms_MYMS