MS | EN
 
 

PERKHIDMATAN

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim

Pelbagai perkhidmatan untuk pembangunan keluarga khas untuk rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim

PROGRAM & INISIATIF

Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Ta'zim

PAUTAN PANTAS

jadual penyerahan bkj

kenyataan rasmi

jadual penyerahan bkj2

senarai semak

 

bancian data it

📢 MAKLUMAN PENTING

BANCIAN DATA IBU TUNGGAL NEGERI JOHOR KINI DIBUKA SEMULA

‼PENDAFTARAN HANYA KEPADA YANG BELUM MENDAFTAR BAGI BANCIAN SEBELUM INI SAHAJA.

‼BANCIAN INI BUKAN PERMOHONAN BANTUAN, IA HANYALAH BAGI MENGUMPUL DATA IBU TUNGGAL JOHOR.

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim telah membuka semula bancian bagi mengumpul Data Maklumat Ibu Tunggal Negeri Johor. Pengumpulan data ini penting bagi memastikan golongan sasar ini tidak terlepas daripada pelbagai inisiatif, bantuan serta lain-lain program sokongan yang disediakan oleh pihak kerajaan Negeri Johor.

⚠PERINGATAN‼

1. Pendaftaran hanya SEKALI sahaja (sila pastikan maklumat anda tepat sebelum menekan hantar)
2. Sebarang pemalsuan maklumat atau pemberian data tidak benar dalam permohonan ini adalah satu kesalahan.
3. YPKDT tidak bertanggungjawab diatas kesilapan anda memasukkan data didalam bancian ini.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN IBU TUNGGAL

1- Wanita ketua isi rumah
2- Warganegara Malaysia (Pemegang Kad Pengenalan (IC) merah/ Penduduk Tetap (PR) tidak layak memohon
3- Anak kelahiran Negeri Johor atau yang bermastautin dan menetap di Negeri Johor melebihi tempoh 5 tahun
4- Ibu tunggal Negeri Johor yang menetap dan mengundi di Negeri Johor

TAKRIFAN IBU TUNGGAL

Ibu tunggal ialah wanita yang membesarkan anak sendirian sama ada akibat penceraian dan kematian suami, serta wanita yang menjadi ketua isi rumah tetapi mempunyai anak sendiri tanpa perkahwinan yang sah. Definisi ini turut merangkumi wanita yang pernah berkahwin tetapi kini berstatus balu atau bercerai tetap, dan wanita yang tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak angkat atau anak tidak sah taraf. Bagi takrifan tersebut, puan dikehendaki bersedia dengan lampiran sebagai bukti apabila diperlukan oleh pihak kami.

  1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama,
  2. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Imbas QR Kod pada poster atau klik Link pendaftaran sebagaimana berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdMzd8q8E8pc7hmLuVGAi9IYcor_Ms7pfuJg7_o0Unle3pCFQ/viewform

Tarikh tutup pendaftaran: 31 Disember 2025 (Rabu) sebelum jam 12.00 Tengah Hari.

Sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat YPKDT:
Tel. Pejabat: 07-2666526 / 07-2667353/ 07-2667355

atau hubungi YPKDT Daerah di pautan di bawah:

https://ypkdt.gov.my/en/hubungi-kami/

USAHAWAN

Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) merupakan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh YPKDT meliputi kursus kemahiran asas, bantuan peralatan perniagaan dan kursus pengurusan perniagaan.

Sasaran peserta bagi program pembangunan usahawan terdiri daripada Ibu Tunggal, Wanita B40, Belia B40 dan OKU.

YPKDT menyediakan dua (2) jenis kursus melibatkan pembangunan usahawan iaitu :

1. Kursus Kemahiran Asas 

Merupakan kursus jangka pendek yang disediakan merangkumi kursus asas masakan, bakeri, pastri dan lain – lain mengikut trend semasa di daerah tersebu

2. Kursus Pengurusan Perniagaan

Merupakan kursus pengurusan perniagaan yang dilaksanakan khusus kepada usahawan yang menerima bantuan peralatan perniagaan di bawah YPKDT. Kursus ini juga terbuka kepada usahawan luar yang ingin mengikuti kursus yang dianjurkan oleh YPKDT.

Pemohon boleh memohon bantuan permulaan perniagaan yang dilaksanakan di bawah Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR). Bantuan permulaan perniagaan boleh dimohon melalui YPKDT Daerah yang berhampiran.

Latihan keusahawanan merangkumi 2 jenis kursus yang disediakan oleh YPKDT. Antara jenis kursus yang disediakan ialah Kursus Kemahiran Asas dan Kursus Pengurusan Perniagaan.

Bazar Suri @ Johor merupakan salah satu platform yang disediakan oleh YPKDT dalam membantu para usahawan dalam mempromosikan produk mereka secara fizikal melalui program atau karnival yang dianjurkan oleh YPKDT atau jemputan daripada agensi luar.

Sila klik butang ini untuk dibawa ke halaman muat turun:

Accessibility

notis pemberitahuan