Khidmat Pelanggan

Search

Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service (JOPAC)

Dunia mengalami masalah global iaitu penularan wabak COVID-19 bermula pada penghujung Tahun 2019 hingga kini. Negara membangun termasuk Malaysia terpaksa bergelut dengan impak ekonomi COVID-19, berdepan prospek kejutan kewangan global dan kemelesetan.

Berdasarkan Harian Metro, 2 Mei 2020,

  • 15,597 pekerja di Negeri Johor mengalami pengurangan gaji dan diberhentikan kerja sepanjang PKP
  • Data JTK Johor 398 majikan mohon untuk pemberhentian pekerja.
  • Permohonan majikan untuk pemberhentian 1,443 pekerja, pemberhentian sukarela (180), pemberhentian sementara (2,864) dan pengurangan gaji (11,110).

Kerajaan Johor melalui YPKDT mengambil inisiatif berbentuk bantuan keusahawanan kepada kumpulan sasar dalam membantu merangsang pertumbuhan ekonomi keluarga / rakyat melalui aktiviti perniagaan secara domestic yang dikenali sebagai Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service (JOPAC). 

OBJEKTIF PROJEK

  • Meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi teknologi terkini.
  • Mewujudkan komuniti perniagaan secara on-line yang lebih cepat, mudah, tidak memerlukan modal yang besar serta mengikut trend semasa bagi membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mampu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi.
  • Menggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembeling tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.
  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

OUTCOME PROJEK

Projek ini dijangka mampu menghasilkan :

  • Peningkatan pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup.
  • Membantu menjana pendapatan seterusnya mampu mengekalkan perniagaan.
  • Mewujudkan komuniti yang lebih khusus dan berfokus dalam bersama-sama meningkatkan ekonomi keluarga dengan peranan yang berbeza namun mampu menghasilkan impak yang sama.
  • Menghidupkan / mengaktifkan semula perniagaan dengan membentuk jaringan perniagaan.

JUSTIFIKASI PROJEK

1.TERAS PROJEK

Projek ini berteraskan kepada perkara-perkara berikut:

1.1 Projek peningkatan ekonomi rakyat.

Berdasarkan ekonomi yang tidak stabil kesan daripada penularan   wabak COVID-19 bermula pada penguhujung Tahun 2019, telah membawa kepada kehilangan pekerjaan, jumlah pendapatan isi rumah yang tidak menentu, dan hilang arah tujuan dalam memulakan semula kehidupan terutama dalam menampung keperluan isi rumah.

Justeru langkah bagi pemulihan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat perlu ditekankan.

1.2 Penerapan Rangsang Ekonomi Masyarakat.

Usahawan perlu berusaha merangka strategi perniagaann atau mencari alternatif lain untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. Terdapat beberapa cara untuk diaplikasikan oleh peniaga kecil untuk terus bertahan dan sekurang-kurangnya menjana pendapatan baharu, iaitu :

a.Jualan atas talian

Jualan atas talian merupakan jalan terbaik dalam meneruskan aktiviti perniagaan daripada langsung tidak melakukan apa-apa aktiviti. Walaupun kadar jualan tidak sama, namun sekurang-kurangnya aktiviti jualan masih diteruskan dan mampu menjana pendapatan sekaligus menjamin kelangsungan operasi perniagaan yang diusahakan. Produk boleh dipromosi melalui media sosial seperti facebook, instagram, dan whatsApp atau mendaftar dengan mana-mana platform e-Dagang yang menjual secara dalam talian seperti shoppe, Lazada mahupun fingo.

“….mungkin anda salah seorang peniaga yang dicari oleh pembeli….”

b.Menjual Makanan Bungkus

Bagi yang mempunyai kepakaran memasak dan menjual makanan sebelum ini, perkhidmatan pesanan bungkus boleh disediakan. Usahawan boleh menggunakan pelbagai platform dalam memasarkan produk yang dihasilkan sepertima mana pada masa kini mempunyai banyak perkhidmatan penghantaran makanan melalui foodpanda, Grabfood, Dahmakan, LalamoveBungkusit, atau menggunakan perkhidmatan runner persendirian dengan menggajikan pekerja yang direhatkan.

1.3 Pendekatan “do it, share it and u get it” bagi  meningkatkan kecekapan dan penghasilan pendapatan melalui capaian yang lebih mudah, cepat, modal yang rendah, menguntungkan dan konsep perkongsian rezeki.

CADANGAN PROJEK

1. Cadangan pemberian Bantuan Keusahawanan Di Bawah Kumpulan Sasar adalah sebagaimana berikut:

  • Penyediaan Perkhidmatan “JoPac Service” iaitu singkatan bagi Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service.

1a. Perkhidmatan JoPac Service (Bangsa Johor Packet Food &  Delivery Service) :

Perkhidmatan ini merupakan inisiatif kerajaan kepada rakyat Negeri Johor yang ingin mengembangkan perniagaan melalui platform yang akan diperkenalkan iaitu melalui atas talian. Trend pada masa kini menunjukkan perniagaan yang lebih mudah, modal yang kecil, dan penggunaan telefon bimbit yang meluas di kalangan masyarakat memudahkan perniagaan ini dijalankan.                            

JoPac Food & Delivery Service merupakan ruang dan peluang perniagaan yang dibuka kepada usahawan yang menghasilkan produk makanan dan selain daripada produk makanan. Pelbagai produk yang dihasilkan akan dijual kepada masyarakat melalui promosi dalam aplikasi yang disediakan. Berdasarkan keperluan ini perkhidmatan runner amat diperlukan bagi memudahkan serta mempercepatkan urusan penghantaran. Konsep ini sama dengan konsep FoodPanda, GrabFood dan pelbagai lagi perkhidmatan yang ada pada masa kini. Konsep perniagaan lebih mudah iaitu “Order, Relax, Enjoy”.

1b. Aplikasi / platform akan disediakan kepada usahawan dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan akan dikawal selia oleh YPKDT.

1c. Setiap peserta / usahawan perlu melaporkan hasil yang diperolehi secara bulanan bagi memastikan keberhasilan projek dan geran yang diberikan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Accessibility Toolbar

ms_MYMS