Khidmat Pelanggan

Search

Projek Pembangunan Ekonomi Johor (ProPER)

Kejayaan melaksanakan Projek Ekonomi Rakyat negeri Johor atau Projek ERA bagi pelaksanaan tahun 2017 & 2018 merupakan langkah pertama kerajaan dalam membantu rakyat menerusi aspek pertanian yang boleh mendatangkan hasil dan keuntungan sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang berdasarkan pertanian yng diusahakan.

Justeru, projek ini telah ditambah nilai seterusnya diberi suntikan dengan penjenamaan baru iaitu ProPER merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya di kawasan- kawasan luar Bandar melalui pelaksanaan projek Tanaman Cili Fertigasi (Cili Sentil).

Projek ini akan dilaksanakan secara kelompok dengan penyertaan sekurang- kurangya seramai lima (5) orang yang terdiri dari kalangan wanita dan anak muda. Setiap peserta akan diberi latihan serta disediakan peralatan lengkap untuk menjana ekonomi mereka pada permulaan projek. Hasil usaha mereka akan dibeli semula oleh pihak konsultan secar contract – farming selain peserta juga diberi pilihan untuk menjual sendiri hasil usaha mereka.

3 Ogos 2020 (Isnin) – Projek Proper di Tapak Kedua Felda Air Hitam Kluang.

9 Ogos 2020 (Ahad) – Projek Pembangunan Ekonomi Rakyat (Proper) Daerah Kulai Bersama Komuniti Kampung Melayu Sedenak

Projek Fertigasi Cili Centil

Projek Bagi Membantu Komuniti Sasar Dalam Meningkatkan Ekonomi. Projek Ini Juga Mendapat Khidmat Nasihat Daripada Konsultan Yang Dilantik Dan Dipantau Oleh Ypkdt Sendiri. 

Accessibility Toolbar

ms_MYMS