Search

Risalah

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mei 1997 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 1997 telah berperanan untuk merangka dan merancang pelbagai program bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat terutama dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak berkaitan komunikasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan harmoni. Kertas kerja ini menfokuskan kepada peranan Yayasan Pembangunan Keluarga dalam pembinaan modal insan dan langkah yang diambil secara bersepadu dengan harapan dapat membantu mengurangkan masalah sosial di Negeri Johor, serta cabaran yang dihadapi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Yayasan sedar bahawa melalui pembinaan istitusi keluarga yang mantap merupakan hospital yang paling berkesan untuk merawat dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit sosial. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dikemukakan untuk diambil perhatian agar keberkesanan program yang bakal dilaksanakan berjaya memberikan kesan kepada semua pihak yang terlibat.

Keluarga adalah unit terkecil di dalam satu-satu masyarakat namun pembangunannya secara langsung atau tidak adalah merupakan pembangunan masyarakat berkenaan. Jika diperluaskan lagi konsepnya maka pembangunan masyarakat keluarga itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan satu-satu bangsa itu.

Dalam hal itu adalah penting bahawa pembangunan keluarga dirancang dan dilaksanakan supaya meliputi segala aspek dan aktiviti kehidupan manusia amnya dan keluarga khususnya, dengan tumpuan perhatian kepada aspek-aspek sosial, ekonomi juga politik.

Di atas kesedaran inilah kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim telah bersetuju menubuhkan enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim bilangan 2 tahun 1997 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 1997. Maka bermulalah operasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim pada 1 Oktober 1997.

MISI

Menangani masalah sosial dan memperkukuhkan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat melalui program-program yang sistematik.

VISI

Masyarakat di negeri Johor hidup dalam keadaan sejahtera, beriltizam, harmoni dan cemerlang melalui institusi keluarga yang kukuh dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF

  • Meraikan dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan wanita Negeri Johor dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, pendidikan, kesukanan, kebudayaan dan lain-lain lagi.
  • Mempromosi fungsi YPKDT kepada masyarakat umum selain membina kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), usahawan wanita dan lain-lain pertubuhan dalam memperkasa peranan wanita Negeri Johor.
  • Memperkenal, mempromosi dan memperluas jaringan perniagaan dan keusahawanan dikalangan usahawan wanita Negeri Johor dalam mengetengahkan hasil produk IKS mereka sama ada di pasaran tempatan mahupun sebaliknya.     
                     
  • Memperkasa peranan dan fungsi wanita dalam sesebuah institusi keluarga dan ahli masyarakat sekaligus membawa wanita Negeri Johor dalam arus pembangunan negara selaras dengan objektif penubuhan YPKDT itu sendiri.

SASARAN DAN IMPAK

  • Karnival ini mensasarkan penyertaan kepada masyarakat umum dari pelbagai lapisan masyarakat seperti golongan wanita, kanak-kanak, remaja, belia tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Karnival ini juga mensasarkan kepada golongan usahawan wanita dan ibu tunggal khususnya yang berpendapatan rendah serta usahawan-usahawan belia dalam memperluaskan jaringan perniagaan. Peserta-peserta usahawan ini adalah terdiri daripada Usahawan Suri YPKDT dan lain-lain usahawan di bawah portfolio Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor serta usahawan di bawah persatuan food truck dan lain-lain lagi.
  • Karnival ini juga akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan, kelab, persatuan, institusi-institusi tinggi dan sebagainya.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN (SKIPP)

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Johor atau mereka yang bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun berturut-turut.
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun semasa memohon.
  3. Terbuka kepada golongan sasar YPKDT iaitu Ibu Tunggal, Wanita Berpendapatan Rendah (B40), Belia B40 dan OKU.
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang pernah menyertai kursus dibawah kendalian YPKDT seperti WINGS, KIUB atau sebarang kursus berkaitan perniagaan.
  5. Terbuka kepada usahawan golongan sasar YPKDT yang mengusahakan perniagaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan keatas dan kurang daripada lima (5) tahun & belum pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi berkaitan.
  6. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang menghasilkan produk sendiri dan telah menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000.00 sebulan atau RM12,000.00 setahun dan kurang daripada RM5,000.00 sebulan atau RM60,000.00 setahun.
  7. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor.
  8. Borang yang tidak lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan TIDAK AKAN diproses.

MOTO

Iltizam, Harmoni, Cemerlang

MATLAMAT

Borang Permohonan

Borang Permohonan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP)

STRATEGI

  1. Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu/keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapai melalui ceramah, bengkel/LDK, seminar, motivasi, khidmat nasihat dan sesi dialog.
  2. Mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai permasalahan kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan dan program bagi mengatasi masalah tersebut.
  3. Menggembleng dan menggabungkan semua jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk sama-sama berusaha menangani masalah sosial dalam masyarakat.
  4. Menyampaikan maklumat dan mempromosi program-program dan perkihdmatan yang dilaksanakan oleh YPKDT kepada masyarakat.
  5. Penghargaan dan pengiktirafan kepada individu dan organisasi di atas sumbangan dan jasa mereka dalam aktiviti sosial dan institusi keluarga.
  6. Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada individu, keluarga dan masyarakat.
  7. Mempelbagaikan sumber pendapatan bagi membiayai program-program dan projek yang dirancang.

LOGO

  1. Konsep keseluruhan logo ini memaparkan / menonjolkan pendekatan pembangunan keluarga yang holistik dilambangkan dengan bentuk bulan sabit yang didukung oleh wadah yang kukuh.
  2. Bentuk kombinasi yang memaparkan ciri-ciri kemuliaan keluarga bahagia berlandaskan Islam. Bentuk bulan sabit dan tulisan jawi adalah lambang kepada ciri-ciri Islam. Tulisan jawi pula melambangkan masyarakat berilmu.
  3. Terdapat keseragaman warna latar biru pada bulan sabit yang dilengkapkan dengan gabungan simbolik grafik satu keluarga harmoni yang kukuh dan mantap.
  4. Tangan yang diikat ke atas melambangkan sebuah keluarga harmoni yang sentiasa ceria dan bahagia.
  5. Terdapat perbezaan warna pada grafik keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, anak lelaki dan anak perempuan. Warna pada anak lelaki dan anak perempuan adalah proportionate daripada warna biru (bapa) dan merah (ibu). Ini melambangkan penyambungan zuriat / keturunan di dalam sebuah keluarga. Begitu juga, ibu bapa bertanggungjawab di dalam mencorakkan kehidupan anak mereka.

Accessibility Toolbar

ms_MYMS