MS | EN
 
 

RUMAH PESONA JOHOR (RPJ)

Rumah Pesona Johor

PENGENALAN

  • Kerajaan Negeri Johor komited membangunkan kualiti hidup dan kesejahteraan Bangsa Justeru, bagi meningkatkan tahap kesejahteraan kehidupan rakyat di pelbagai peringkat usia khususnya wanita di Negeri Johor, maka satu mekanisme baru perlu diwujudkan dan dirancang mengikut kepada keperluan dan perkembangan semasa.
  • Isu keganasan rumah tangga telah dikesan sejak tahun 1960-an lagi. Walau bagaimanapun, kebanyakan insiden jarang dilaporkan kerana isu keganasan rumah tangga dianggap sebagai masalah peribadi dan wajar diselesaikan dalam konteks keluarga itu sendiri.
  • Melihat kepada statistik kes-kes penderaan, keganasan rumah tangga dan masalah sosial yang melibatkan wanita, Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2020-2030, di bawah Teras 8, Pesona Wanita dan Aspirasi Idealis Anak Muda, mencadangkan pembinaan Rumah Pesona Johor (RPJ) yang merupakan sebuah rumah perlindungan sementara wanita di bawah YPKDT dalam jangka masa sederhana dan panjang.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Rumah Perlindungan
    Rumah perlindungan kepada mangsa keganasan rumahtangga
  • Rumah Transit
    Rumah transit kepada wanita luar bandar yang perlu menghadiri prosiding mahkamah bagi kes undang-undang keluarga Islam dan sivil (maksimum 3 hari).
  • Pengurusan Kes
    Membantu menguruskan kes klien dengan kerjasama agensi dan sukarelawan (semuka/ online)
  • Sokongan Moral/ Kaunseling
    Sesi Kaunseling/ Terapi Sokongan Emosi/ Psikologi

SYARAT KEMASUKAN

  • Wanita, berumur 18 tahun ke atas, dan tanggungan mereka, yang mengalami, diancam oleh, dan/atau terjejas oleh keganasan dan/atau penderaan.
  • Tanggungan mungkin termasuk kanak-kanak dan/atau ahli keluarga yang berada dalam jagaan wanita yang mencari perkhidmatan perlindungan.
  • Tanggungan termasuk kanak-kanak wanita bawah 18 tahun dan kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun sahaja.
  • Setiap klien sama ada dirujuk, walk in atau klien transit TIDAK BOLEH TIDAK perlu menghubungi pihak Rumah Pesona Johor bagi tujuan permohonan kemasukan.

SASARAN

Rumah Pesona Johor (RPJ) terbuka dan menerima TIGA (3) kategori klien iaitu:

  • Klien yang dirujuk,
  • klien yang walk-in dan
  • klien transit yang telah memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KERJASAMA

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKM)
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Johor (LPPKN)
  • Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor (JPW)
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor
  • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
  • Mahkamah Negeri Johor
  • Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
  • Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)
  • Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)
  • Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Agensi Dadah Kebangsaan (AADK)
  • Lain-lain agensi berkaitan
  • NGO Wanita dan Kebajikan

Accessibility