Khidmat Pelanggan

Search

Women’s Income-Generating Skills Project (WINGS)

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim ditubuhkan pada 10 Oktober 1997 dengan tujuan mewujudkan masyarakat harmoni, bahagia, sejahtera dan penyayang. Salah satu daripada objektif penubuhannya, ialah, membawa wanita dalam arus pembangunan.

Seiring dengan objektif tersebut, pada 2003 Program Menjana Pendapatan diilhamkan dengan tujuan meningkatkan mutu hidup mereka ke arah mewujudkan institusi keluarga yang berkualiti melalui projek-projek menjana pendapatan.

Kursus kemahiran dan bantuan kepada golongan sasaran ini merupakan projek di bawah JUITA Ku Sayang ke 12 yang telah dirasmikan pada Mei 2003. Sejak tahun 2003 hingga 2019 peserta yang menyertai kursus adalah seramai 9016 orang yang terdiri daripada ibu tunggal dan golongan wanita yang berpendapatan rendah dan sehingga kini seramai 1363 orang yang telah berjaya menjana pendapatan.

Bukan itu sahaja, malah pada Tahun 2019, seramai 763 orang yang telah menyertai kursus kemahiran dari pelbagai bidang seperti Kursus Jahitan Rompers Bayi, Jahitan Jubah, Jahitan Langsir, Kursus Aneka Roti, Kursus Aneka Biskut, Kursus Asas Kek dan beberapa kursus berfokus bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita YPKDT seperti Kursus Pemasaran dan Asas Perakaunan, Kursus Pengurusan Kualiti, Pelabelan dan Pembungkusan Produk, Kursus Keusahawanan Ibu Tunggal  dan Kursus Pembinaan Jenama.

Setiap kursus dan bengkel kemahiran menjana pendapatan adalah dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik seperti MARA, MARDI, GIATMARA, KOLEJ KOMUNITI dan lain-lain lagi.

Justeru itu, pada tahun 2020, Kursus peningkatan sosioekonomi golongan sasaran ini akan terus dilaksanakan bagi membantu wanita berpendapatan rendah dan ibu tunggal dalam menjana pendapatan mereka. Bermula 2020 juga, projek ini akan dijenamakan semula sebagai “WINGS PROJECT” atau Women’s Income-Generating Skills Project.

Selain itu juga, YPKDT telah menubuhkan 7 buah Pusat Jaya Diri di Johor Bahru, Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Tangkak. Pusat Jaya Diri ini akan berfungsi menyediakan sebagai tempat pembangunan usahawan dan modal insan bagi membolehkan latihan dan kursus-kursus peningkatan kemahiran dijalankan khusus buat golongan sasaran YPKDT iaitu ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah dan golongan OKU. Pusat Jaya Diri ini juga akan menjadi pusat pengumpulan produk-produk usahawan YPKDT yang telah dilatih dan berikan kursus kemahiran menjana pendapatan.

Justeru pada Tahun 2020, pelaksanaan aktiviti dan kursus yang bersesuaian akan dirangka dan dilaksanakan di Pusat-pusat Jayadiri YPKDT dengan lebih sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF

  • Program ini bertujuan untuk membantu golongan sasaran iaitu ibu tunggal dan golongan wanita berpendapatan rendah dalam menjana pendapatan mereka dari rumah (Home-Based Business) dan  mampu bersaing dalam industri tempatan sekaligus meningkatkan ekonomi Negeri Johor.
  • Membantu membasmi kemiskinan dan menaiktaraf kehidupan golongan sasaran sebagai ejen perubahan dalam memajukan dan membangun             institusi keluarga.
  • Melahirkan usahawan wanita Negeri Johor yang lebih berkualiti, berkemahiran tinggi, berdikari dan berdaya saing dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat hari demi hari.

SASARAN

  • Mensasarkan peserta golongan sasaran iaitu Ibu Tunggal dan wanita berpendapatan rendah (B40) yang berdaftar Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim seluruh Negeri Johor melalui  Sistem Maklumat Ibu Tunggal (SMIT).
  • Golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah tidak melebihi RM 1000.00 bagi kawasan luar bandar dan tidak melebihi RM1,500.00 bagi kawasan bandar.    

Accessibility Toolbar

ms_MYMS