Khidmat Pelanggan

Search

BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

ROZZALIANA BINTI MISRON
KETUA BAHAGIAN

Bahagian ini wujud berdasarkan kepada Surat kelulusan Perjawatan YPKDT tahun 2014. Bahagian ini diterajui oleh Ketua Bahagian (Pegawai Tadbir, Gred N41).

Bahagian ini merupakan satu bahagian penting dalam memantau, menilai, mengimbang, merancang dan menetapkan hala tuju jabatan dalam pelbagai perkara yang dirasakan perlu.

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan:

  • Pengukuhan fungsi dan peranan jabatan menerusi pelbagai inisiatif dan sinergi serta penerapan nilai-nilai positif jabatan.
  • Pelaksanaan peningkatan kualiti dan inovasi jabatan melalui kajian, penyelidikan, Pembangunan dasar dan Pembangunan strategik secara holistic bagi memperkukuh tadbir urus jabatan, kelestarian hubungan dan penyampaian perkhidmatan kepada Masyarakat,
  • Membangunkan potensi golongan sasar melalui program / projek yang berimpak.
  • Pembangunan modul-modul yang bersesuaian sebagai garis panduan dan sumber rujukan dalam melaksanakan program / projek kepada jabatan mahupun Masyarakat.

Unit utama adalah:

i. Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan Pembangunan dasar dalam bidang Pembangunan keluarga, Wanita dan me nangani masalah negeri Johor.

ii. Menyelaras dan memantau Pembangunan program / projek melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan Pembangunan keluarga, Wanita dan masyarakat berjalan dengan lebih berkesan.

iii. Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan Pembangunan jabatan.

iv. Menghasilkan perancangan Pembangunan melalui program / projek jabatan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif jabatan.

v. Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor prestasi dan Belanjawan jabatan berdasarkan keberhasilan.

vi. Menyelenggara dan menyelaras input dalam Pembangunan strategik serta kelestarian hubungan dari pelbagai aspek. Menjadi pusat pengumpulan maklumat dan data bagi tujuan perancangan, penggubalan dan pemutusan dasar.

vii. Merancang dan membangun program / projek dan lain-lain keperluan bagi Pembangunan komuniti dan golongan sasar jabatan.

Merancang, menilai, menjalankan aktiviti penyelidikan, dan merangka strategi bagi Pembangunan keluarga, Wanita dan Masyarakat kearah mencapai keseimbangan hidup masyarakat Negeri Johor.

Meneraju pemerkasaan dasar dan penyelidikan serta Pembangunan strategik ke arah memenuhi aspirasi Pembangunan keluarga, Wanita dan Masyarakat yang berkualiti.

PERANAN / FUNGSI

i. Merancang dan melaksanakan projek-projek penyelidikan serta Pembangunan aspek-aspek tertentu dalam bidang Pembangunan keluarga, Wanita dan masalah social.

ii. Menyelaras, menyemak dasar dan strategi jabatan bagi jangka masa pendek, sederhana dan Panjang khusus bagi mengukuhkan fungsi jabatan.

iii. Menyelaras, menyedia dan memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan.

iv. Mengumpul dan menyediakan maklumat / data, bahan-bahan rujukan dalam usaha membentuk dasar-dasar yang berhubungkait dengan Pembangunan jabatan.

v. Merancang dan mengendalikan program pemberdayaan idea dan juga sidang percambahan fikiran mengenai subjek-subjek yang relevan dengan keperluan masyarakat dan golongan sasar.

vi. Menjalankan pemantauan terhadap projek-projek / program-program yang berpotensi bagi menambah nilai ke arah program yang berinovasi tinggi.

vii. Menyelaras, merancang dan melaksanakan program / aktiviti pemerkasaan Wanita dan golongan sasar melalui pelaksanaan program Latihan dan Kemahiran, pemberian bantuan dan Pembangunan usahawan.

vii. Menyelaras, merancang dan melaksanakan hubungan strategik bagi menjamin kelestarian hubungan dari pelbagai aspek melibatkan pelbagai pihak.

viii. Memberi khidmat nasihat bagi pelaksanaan program / projek / aktiviti jabatan terutama bagi inisiatif Baharu jabatan.

ix. Merancang, menilai, menyelaras serta membangunkan modul-modul jabatan.

PIAGAM PELANGGAN

UNIT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

a. Menyediakan Analisa dan laporan borang penilaian program YPKDT dalam tempoh 30 hari daripada tarikh borang diterima.

b. Memastikan laporan penilaian program dibentangkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 14 hari selepas laporan disiapkan.

c. Menerima kerjasama daripada kumpulan penyelidik untuk melaksanakan kajian.

d. Merancang dan membangunkan sekurang-kurangnya dua (2) program / projek dan menghasilkan dokumen perancangan Pembangunan pada setiap tahun berdasarkan peruntukan semasa.

e. Mengkaji semula dan mengemaskini Pelan / Dasar jabatan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) tahun.

UNIT PEMBANGUNAN STRATEGIK

1. Projek Sosial / keusahawanan:

a. Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR)

a (i) Program Women’s Income Generating Skills Project (WINGS)
– Memberikan Kursus Kemahiran Asas kepada wanita dan golongan sasar.
– Kaedah permohonan WINGS:
• Iklan Kursus Women’s Income Generating Skills Project – tempoh 14 hari
• Penilaian dan pemakluman bagi yang Berjaya – tempoh 7 hari bekerja
– Melaksanakan pemantauan bagi peserta Kursus Kemahiran Women’s Income Generating Skills Project (WINGS) selepas tiga (3) bulan menghadiri kursus.
– Mengenalpasti usahawan berpotensi untuk diketengahkan.

b (ii) Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP)
– Memberikan bantuan peralatan perniagaan kepada golongan sasar yang memerlukan.
– Memastikan proses permohonan bantuan peralatan diproses dalam tempoh enam (6) bulan.
– Ringkasan proses SKIPP :
• Iklan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan SKIPP – tempoh masa 14 hari dari Tarikh pembukaan iklan.
• Siasatan permohonan di peringkat daerah – tempoh 30 hari berkerja dari Tarikh tutup iklan
• Penilaian di peringkat jawatankuasa daerah untuk dibawa ke Mesyuarat Pemilihan Peringkat Negeri– tempoh 7 hari bekerja
• Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Negeri – tempoh 14 hari bekerja
• Pemakluman status permohonan kepada pemohon – tempoh 14 hari bekerja
• Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal – tempoh 15 hari bekerja
• Proses perolehan peralatan – tempoh 30 hari bekerja
• Serahan bantuan peralatan – 60 hari bekerja
– Pemantauan selepas tiga (3) bulan dan enam (6) bulan penerimaan peralatan. Menyediakan Latihan keusahawanan kepada Usahawan Suri.

c (iii) Kursus Inspirasi Usahawan Berfokus (KIUB)
– Memberikan kursus lanjutan berkaitan pengurusan perniagaan bagi mempertingkatkan keupayaan usahawan agar lebih berjaya.
– Kaedah permohonan KIUB :
• Iklan Kursus Inspirasi Usahawan KIUB mengikut pengkhususan – tempoh 14 hari
• Penilaian dan pemakluman bagi yang Berjaya – tempoh 7 hari bekerja
– Mengembangkan potensi usahawan dengan menyalurkan maklumat dengan agensi-agensi lain yang berkaitan.

2. Jalinan hubungan strategik antara agensi dalam memperkukuhkan fungsi dan peranan jabatan.

3. Merancang dan menilai program / projek- projek khas sekali sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun.

UNIT PEMBANGUNAN MODUL

1. Menyemak menilai modul-modul sedia ada setiap 2 tahun sekali.

2. Menilai, menguji, mengukur keupayaan modul yang dibangunkan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum digunapakai.

3. Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Accessibility Toolbar

ms_MYMS

Unit Kajian dan Penyelidikan

KETUA UNIT (S41)

MUHAMAD RIDHWAN BIN SAMSUDIN

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan YPKDT.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

Unit Pembangunan Strategik

KETUA UNIT (S41)

MUHAMAD RIDHWAN BIN SAMSUDIN

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan YPKDT.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

Unit Pembangunan Modul

KETUA UNIT (S41)

MUHAMAD RIDHWAN BIN SAMSUDIN

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan YPKDT.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.