Khidmat Pelanggan

Search

Buku Modul
Keluarga Sejahtera Negeri Johor

SINOPSIS

Negeri Johor, melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), telah memulakan inisiatif Modul Keluarga Sakinah (MKS) yang dilancarkan pada tahun 1998. MKS ini dikhususkan kepada masyarakat Muslim di Negeri Johor dan diterima dengan baik di Negeri ini, malahan  turut dicontohi di negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebagai lanjutan kepada kejayaan MKS tersebut, satu modul kekeluargaan yang menyeluruh khusus untuk masyarakat bukan Islam telah dibangunkan bagi memenuhi kehendak untuk menjadikan Negeri Johor sebagai sebuah negeri yang berwibawa melalui pembentukan keluarga yang sejahtera.

Modul kekeluargaan yang dibangunkan ini mengambil pendekatan yang bersesuaian dengan kepelbagaian masyarakat dan bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama serta bersandarkan kepada falsafah dan hala tuju negeri Johor.

Modul Keluarga Sejahtera yang dikhususkan kepada masyarakat bukan Islam ini merupakan pelengkap kepada Modul Keluarga Sakinah. Dengan adanya modul ini, diharap dapat menjadi panduan dan bimbingan kepada masyarakat bukan Islam di negeri Johor khususnya dan seluruh masyarakat umumnya dalam membentuk dan memperkasa institusi kekeluargaan.

Harga Jualan

RM45

*Dapatkan di YPKDT yang berdekatan

PENGENALAN

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) ditubuhkan pada 1 Oktober 1997 bertujuan untuk memantapkan institusi keluarga secara sistematik dari segenap aspek termasuk sosial, ekonomi dan politik. Penubuhan YPKDT juga bertujuan untuk membantu pembentukan masyarakat yang sejahtera, bahagia dalam semangat permuafakatan pelbagai bangsa. Selain institusi keluarga, program anjuran YPKDT turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela bagi meluaskan penglibatan masyarakat.

Negeri Johor, melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), telah memulakan inisiatif Modul Keluarga Sakinah (MKS) yang dilancarkan pada tahun 1998. MKS ini dikhususkan kepada masyarakat Muslim di Negeri Johor dan diterima dengan baik di Negeri ini, malahan turut dicontohi di negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebagai lanjutan kepada kejayaan memperkenalkan MKS tersebut, satu modul kekeluargaan yang menyeluruh khusus untuk masyarakat bukan Islam telah dibangunkan bagi memenuhi kehendak untuk menjadikan Negeri Johor sebagai sebuah negeri yang berwibawa melalui pembentukan keluarga yang sejahtera.

Modul kekeluargaan yang dibangunkan ini mengambil pendekatan yang bersesuaian dengan kepelbagaian masyarakat dan bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama serta bersandarkan kepada falsafah dan hala tuju negeri Johor.

Modul Keluarga Sejahtera yang dikhususkan kepada masyarakat bukan Islam merupakan pelengkap kepada Modul Keluarga Sakinah. Dengan adanya modul ini, diharap dapat menjadi panduan dan bimbingan kepada masyarakat bukan Islam di negeri Johor khususnya dan seluruh masyarakat umumnya dalam membentuk dan memperkasakan institusi kekeluargaan.

Secara asasnya, modul ini dibangunkan berdasarkan kepada empat tema berikut:-

Tema 1: “Gerbang Cinta” –  Fasa Pra Perkahwinan

Tema 2: “Serasi Bersama” – Fasa Awal Perkahwinan

Tema 3: “Sehati Sejiwa” – Fasa Pra Kematangan Perkahwinan

Tema 4: “Semarak Kasih” – Fasa Kematangan Perkahwinan

Daripada tema-tema tersebut, beberapa modul dihasilkan yang menjadikan keseluruhan modul dalam MKSNJ ini sebanyak 14 buah modul yang cukup komprehensif dan inklusif.

Accessibility Toolbar

ms_MYMS