Khidmat Pelanggan

Search

Kembara Keluarga Sejahtera

Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat telah menimbulkan implikasi ke atas sistem, struktur dan hubungan kekeluargaan yang boleh melemahkan institusi keluarga dan juga akan memberi kesan ke atas proses perkembangan nilai, sikap dan perilaku anak-anak. Penubuhan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah memberi pendidikan tersebut kepada masyarakat yang beragama Islam melalui Modul Keluarga SAKINAH.

Sehubungan itu, untuk memastikan masyarakat bukan Islam juga turut memperoleh objektif yang sama, YPKDT telah mengambil langkah membangunkan satu program yang lebih berfokus kepada masyarakat bukan Islam dan pelbagai kaum.

Pada tahun 2019, YPKDT telah mengambil inisiatif membangunkan sebuah modul keibubapaan yang memberi fokus kepada pembangunan keluarga dikalangan keluarga bukan islam yang dikenali sebgai Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ).

MKSNJ ini di bangunkan dengan kerjasama Akademi Tamadun Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Teknologi Malaysia UTM, Skudai

MKSNJ ini juga mengandungi 4 Bahagian utama dengan pecahan 14 Modul;

  1. Bahagian 1 (Pasa Pra Perkahwinan) – ‘Gerbang Cinta”
  2. Bahagian 2 (Pasa Awal Perkahwinan) – “Serasi Bersama”
  3. Bahagian 3 (Pasa Pra Kematangan) – “Sehati Sejiwa”
  4. Bahagian 4 (Pasa Kematangan) – ‘Semarak Kasih”

OBJEKTIF

  • Menyebarkan pendidikan mengenai pembangunan keluarga agar masyarakat dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan keibubapaan dan kekeluargaan.
  • Menggalakkan masyarakat mengamalkan sikap dan  nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perpaduan kaum, kesukarelaan, Prihatin terhadap orang yang susah, sakit dan memerlukan bantuan.

JUSTIFIKASI

  • Faktor kesepaduan (kefungsian keluarga) dan kemahiran keibubapaan merupakan elemen utama ke arah kesejahteraan psikologi dalam kalangan ahli keluarga. Kekuatan elemen ini menjadi pengukur utama kewujudan sesebuah keluarga sejahtera berasaskan kepada tuntutan hidup masing-masing. Ibu bapa akan menjalankan peranan dan tanggungjawabnya berasaskan kepada kehidupan yang wajar dijadikan asas pembentukan dirinya selama ini demi kebaikan anak-anak. Manakala, pihak anak pula sangat bergantung terhadap peranan ibu bapa yang dijalankan ke arah menjadikan dirinya insan dan anak yang baik untuk jangka masa panjang.
  • Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (2007), menjelaskan bahawa masyarakat yang dilanda pelbagai masalah seperti perceraian, penderaan kanak-kanak, pembunuhan kejam dalam keluarga, keganasan rumah tangga, dan kes-kes juvana sebenarnya menggambarkan bahawa sesebuah keluarga ini mempunyai masalah yang tersendiri. Ukuran ini menjadi petanda bahawa kesejahteraan dalam sesebuah keluarga adalah sangat kompleks dan memerlukan perhatian semua ahli-ahli dalam keluarga. Kesemua ini membuka ruang kebaikan sekiranya ahli-ahli sesebuah keluarga yang melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan mempengaruhi corak kefungsian sesebuah keluarga.

SASARAN DAN IMPAK

  • Program ini disasarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya dan masyarakat pelbagai kaum lain di Negeri Johor.
  • Program ini juga diharapkan dapat membimbing masyarakat dalam menguruskan hal berkaitan pengurusan kekeluargaan seterusnya menyumbang kepada pembangunan, pengukuhan serta pemantapan institusi kekeluargaan di Negeri Johor.
  • Program ini diharapkan dapat menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat yang berbilang kaum, merapatkan hubungan komuniti pelbagai kaum, mengurangkan kes-kes yang melibatkan isu kekeluargaan, merapakan hubungan antara kerajaan dan rakyat.
  •  

Accessibility Toolbar

ms_MYMS