Khidmat Pelanggan

Search

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra didalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personal berlandaskan prinsip-prionsip perkhidmatan serta peraturan yang ditetapkan
  • Memberikan kursus dan latihan kepada semua kakitangan bagi meningkatkan profesionalisme sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

Seksyen Perhubungan Awam Dan Khidmat Pelanggan

• Memperakui penerimaan aduan (Surat Akuan Terima) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima.
• Menyelesaikan segala aduan pelanggan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja.
• Menyelaras penyediaan maklum balas isu menerusi media dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
• Memenuhi 80% tahap kepuasan pelanggan dengan membuat pengukuran melalui Kajian Kepuasan Pelanggan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

Seksyen Hal Ehwal Korporat

• Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan YPKDT.
• Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan YPKDT 1 kali setahun.
• Menyedia dan menerbitkan Buletin YPKDT 1 keluaran setahun.
• Memantau dan mengemaskinikan kandungan portal, laman sosial (Facebook Page, Instagram, Tiktok, Twitter, Youtube) YPKDT setiap hari waktu bekerja.
• Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima.
• Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan menyeluruh mengenai YPKDT.

  • Memastikan semua tuntutan yang lengkap dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menyediakan Anggaran Perbelanjaan Tahunan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pencapaian prestasi perbelanjaan mengurus dan tanggungan serta pembangunan pada puratanya melebihi paras 85% peruntukan tahunan yang diluluskan.
  • Menyelenggara dan menyelesaikan aduan berkaitan sistem maklumat dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Memberi perkhidmatan teknologi maklumat kepada YPKDT melalui kualiti perkhidmatan sokongan teknikal dan khidmat nasihat.
  • Memantau dan memastikan kontraktor penyelenggaraan menyelesaikan aduan-aduan masalah pengguna dengan segera dan cekap.
  • Berusaha memenuhi keperluan pembangunan sistem, aset ICT, rangkaian serta latihan ICT kepada kakitangan YPKDT.
  • Memastikan pelayan (server) beroperasi dan boleh dicapai sekurang-kurang 95% setahun dan memastikan keselamatan pusat data sentiasa terjamin sepanjang masa
  • Mengemaskini kandungan laman web jabatan dalam tempoh dua (2) hari waktu bekerja dari tarikh maklumat diterima.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan sepertimana peruntukan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  • Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan setiap suku tahun sepertimana peruntukan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  • Mendaftar, menyimpan, mengemaskini penggunaan dan menyelenggara aset alih kerajaan sepertimana peruntukan Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  • Memproses permohonan pelupusan dan hapuskira Aset Kerajaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Permohonan lengkap bagi Pengecualian Dari Tatacara Perolehan Kerajaan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Penyediaan Jadual Harga Pembukaan Tender dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh tutup tender.
  • Pengeluaran Surat Keputusan Tender dalam tempoh tiga (3) hari bekerja kepada jabatan pelaksana dari tarikh Mesyuarat Lembaga Perolehan diadakan.
  • Pelawaan Tender Kontrak Pusat dilaksanakan dalam tempoh lima (5) bulan sebelum tempoh kontrak pusat tamat.

BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

  • Menyediakan Analisa dan laporan borang penilaian program YPKDT dalam tempoh 30 hari daripada tarikh borang diterima.
  • Memastikan laporan penilaian program dibentangkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 14 hari selepas laporan disiapkan.
  • Menerima kerjasama daripada kumpulan penyelidik untuk melaksanakan kajian.
  • Merancang dan membangunkan sekurang-kurangnya dua (2) program / projek dan menghasilkan dokumen perancangan Pembangunan pada setiap tahun berdasarkan peruntukan semasa.
  • Mengkaji semula dan mengemaskini Pelan / Dasar jabatan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) tahun.

1. Projek Sosial / keusahawanan :

a. Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) 

a) (i) Program Women’s Income Generating Skills Project (WINGS)

  • Memberikan Kursus Kemahiran Asas kepada wanita dan golongan sasar. 
  • Iklan Kursus Women’s Income Generating Skills Project – tempoh 14 hari.
  • Penilaian dan pemakluman bagi yang Berjaya – tempoh 7 hari bekerja.
  • Melaksanakan pemantauan bagi peserta Kursus Kemahiran Women’s Income Generating Skills Project (WINGS) selepas tiga (3) bulan menghadiri kursus.
  • Mengenalpasti usahawan berpotensi untuk diketengahkan.

b) (ii) Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP)

  • Memberikan bantuan peralatan perniagaan kepada golongan sasar yang memerlukan.
  • Memastikan proses permohonan bantuan peralatan diproses dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Iklan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan SKIPP – tempoh masa 14 hari dari Tarikh pembukaan iklan.
  • Siasatan permohonan di peringkat daerah – tempoh 30 hari berkerja dari Tarikh tutup iklan.
  • Penilaian di peringkat jawatankuasa daerah untuk dibawa ke Mesyuarat Pemilihan Peringkat Negeri – tempoh 7 hari bekerja.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Negeri – tempoh 14 hari bekerja.
  • Pemakluman status permohonan kepada pemohon – tempoh 14 hari bekerja.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal – tempoh 15 hari bekerja.
  • Proses perolehan peralatan – tempoh 30 hari bekerja.
  • Serahan bantuan peralatan – 60 hari bekerja.
  • Pemantauan selepas tiga (3) bulan dan enam (6) bulan penerimaan peralatan.
  • Menyediakan Latihan keusahawanan kepada Usahawan Suri.

c (iii) Kursus Inspirasi Usahawan Berfokus (KIUB)

  • Memberikan kursus lanjutan berkaitan pengurusan perniagaan bagi mempertingkatkan keupayaan usahawan agar lebih berjaya.
  • Kaedah permohonan KIUB : • Iklan Kursus Inspirasi Usahawan KIUB mengikut pengkhususan – tempoh 14 hari.
  • Penilaian dan pemakluman bagi yang Berjaya – tempoh 7 hari bekerja.
  • Mengembangkan potensi usahawan dengan menyalurkan maklumat dengan agensi-agensi lain yang berkaitan.
  • Jalinan hubungan strategik antara agensi dalam memperkukuhkan fungsi dan peranan jabatan.
  • Merancang dan menilai program / projek- projek khas sekali sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun.
  • Menyemak menilai modul-modul sedia ada setiap 2 tahun sekali.
  • Menilai, menguji, mengukur keupayaan modul yang dibangunkan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum digunapakai.
  • Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

  • Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sakinah dilaksanakan minima 25 kali sebulan oleh Penggerak Sakinah mengikut kawasan parlimen yang telah ditetapkan.
  • Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor dilaksanakan minima 20 kali sebulan oleh Penggerak Wanita mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) yang telah ditetapkan.
  • Memastikan Pengamalan Sakinah dilaksanakan minima 30 kali sebulan oleh Penggerak Hospital Darul Ta’zim di hospital yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan berkaitan permohonan pelaksanaan program kerjasama daripada pelbagai agensi/pihak.
  • Memastikan urusan pembayaran Wang Tunai peserta Anak Angkat Makmur Johor (AAMJ) diselesaikan mengikut tempoh suku tahun yang telah ditetapkan. 1.6 Memastikan data AAMJ dikemaskini setiap tahun.
  • Memastikan pendaftaran ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang dimohon akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
  • Mengemaskini data ibu tunggal dan wanita bependapatan rendah di dalam Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART) sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
  • Memastikan pelbagai program dan aktiviti wanita dilaksanakan bagi meraikan dan mengiktiraf peranan, sumbangan serta kejayaan wanita dalam pelbagai bidang yang diceburi.
  • Memastikan pelaporan Penggerak Wanita Darul Ta’zim (PWDT) sebanyak 20 aktiviti setiap bulan.
  • Memastikan ceramah dan aktiviti penyampaian Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) dilaksanakan sekurang-kurangnya lima (5) kali sebulan bagi setiap Dun.
  • Memastikan sekurang-kurangnya sepuluh (10) Program Kembara Keluarga Sejahtera Negeri Johor (KKSNJ) dilaksanakan dalam setahun.
  • Penyelarasan pengoperasian Rumah Pesona Johor (RPJ) di Center of Suri Johor (COS), Jalan Petrie, Johor Bahru.
  • Memastikan pelbagai pengisian dan aktiviti dilaksanakan di Center of Suri Johor (COS) YPKDT daerah sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
  • Merancang, menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program dan aktiviti di peringkat daerah berdasarkan program pada tahun semasa yang telah diputuskan dan dicadangkan di peringkat bu pejabat.
  • Mencadangkan program / aktiviti yang bersesuaian dengan fungsi dan objektif YPKDT berdasarkan golongan sasar di peringkat daerah.
  • Menyelia dan memantau prestasi Penggerak Sakinah (PS), Penggerak Wanita Darul Ta’zim (PWDT) dan Penggerak Hospital (PH) di peringkat daerah serta penyediaan pelaporan aktiviti penggerak pada setiap bulan.
  • Menyelia dan memantau prestasi pelaksanaan program di peringkat daerah dan penyediaan pelaporan pencapaian program serta mencadangkan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
  • Bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Daerah.
  • Menyelia dan menyelaras pelaksanaan program serta aktiviti di Center of Suri Johor (COS) di peringkat daerah.
  • Menyelia dan menyelaras pengurusan serta aktiviti program JCC di peringkat daerah dan menyediakan pelaporan berkaitan dengannya.
  • Menyelaras, menyelia dan memantau hal-hal pentadbiran serta perkhidmatan di peringkat daerah.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

  •  Mewujudkan mekanisma dan sistem pengurusan kaunseling yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
  • Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan yang sah oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.
  • Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik. 1.4 Menerima klien tanpa syarat dan prejudis. 1.5 Permohonan sesi kaunseling akan dilakukan dalam tempoh (5) hari bekerja.
  • Memastikan pendaftaran pekerjaan OKU diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
  • Memastikan penempatan pekerjaan OKU yang berpotensi dibantu dalam tempoh 14 hari dari tarikh didaftarkan.
  • Melaksanakan pemantauan OKU yang telah ditempatkan bekerja dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Melaksanakan empat (4) kursus kemahiran setahun kepada OKU di Negeri Johor berdasarkan peruntukan semasa.
  • Menyediakan khidmat Jurubahasa Isyarat profesional bagi memenuhi keperluan jabatan dalam mentransformasi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
  • Memastikan proses pendaftaran kemasukan dalam tempoh tiga (5) hari selepas permohonan waktu bekerja diterima.
  • Memastikan kelulusan kemasukan yang layak atau tidak layak ke JCC YPKDT dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Memastikan pembayaran yuran diterima tidak lewat sehingga 10 haribulan setiap bulan semasa.
  • Memastikan aduan yang diterima diproses dalam tempoh tiga (3) hari

UNIT AUDIT DALAM

  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan Akta,Pekeliling, Peraturan dan Undang-Undang kecil yang telah ditetapkan.
  • Mengeluarkan laporan atau pemerhatian pengauditan pengurusan kewangan dan akauntabilit dalam tempoh 35 hari bekerja selepas pengauditan selesai dilaksanakan.
  • Memastikan pengauditan yang dilaksanakan mencapai 80% daripada rancangan audit tahunan yang diluluskan.
  • Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan sebelum 31 Januari setiap tahun semasa.
  • Mengemukakan Laporan Tahunan sebelum 31 Mac setiap tahun berikutnya.

Accessibility Toolbar

ms_MYMS