Khidmat Pelanggan

Search

Program Jejak @ Mari

Kerajaan merupakan tunjang / tulang belakang kepada sesebuah agensi untuk terus maju dan sebagai medium dalam penyampaian pelbagai maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat.

Atas dasar tersebut Program Jejak diperkenalkan dengan tujuan utama untuk memudahkan pemimpin dan masyarakat bersua muka dalam memberikan pendapat, pandangan, cadangan, penambahbaikan serta berkongsi maklumat dan menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cepat.

Program ini membolehkan kerajaan dapat menyalurkan segala maklumat dan perkhidmatan secara terus kepada rakyat khususnya kepada golongan saar seperti Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal dan wanita berpendapatan rendah. Program ini juga akan menekankan penyelesian terhadap permasalahan rakyat dan mendekatkan diri kepada rakyat”. (Petikan Ucapan Belanjawan Johor Tahun 2019 oleh YAB Menteri Besar Johor )

Mengumpulkan jabatan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan agar bersama-sama berganding bahu dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Program ini dicadangkan adalah berdasarkan konsep “pemimpin bersama rakyat” dan “penyampaian khidmat terus kepada rakyat”. Program ini akan melibatkan keseluruhan agensi / jabatan yang berada di bawah Portfolio YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga.

OBJEKTIF

SASARAN DAN IMPAK

MOTO

Iltizam, Harmoni, Cemerlang

MATLAMAT

STRATEGI

  1. Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu/keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapai melalui ceramah, bengkel/LDK, seminar, motivasi, khidmat nasihat dan sesi dialog.
  2. Mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai permasalahan kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan dan program bagi mengatasi masalah tersebut.
  3. Menggembleng dan menggabungkan semua jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk sama-sama berusaha menangani masalah sosial dalam masyarakat.
  4. Menyampaikan maklumat dan mempromosi program-program dan perkihdmatan yang dilaksanakan oleh YPKDT kepada masyarakat.
  5. Penghargaan dan pengiktirafan kepada individu dan organisasi di atas sumbangan dan jasa mereka dalam aktiviti sosial dan institusi keluarga.
  6. Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada individu, keluarga dan masyarakat.
  7. Mempelbagaikan sumber pendapatan bagi membiayai program-program dan projek yang dirancang.

LOGO

  1. Konsep keseluruhan logo ini memaparkan / menonjolkan pendekatan pembangunan keluarga yang holistik dilambangkan dengan bentuk bulan sabit yang didukung oleh wadah yang kukuh.
  2. Bentuk kombinasi yang memaparkan ciri-ciri kemuliaan keluarga bahagia berlandaskan Islam. Bentuk bulan sabit dan tulisan jawi adalah lambang kepada ciri-ciri Islam. Tulisan jawi pula melambangkan masyarakat berilmu.
  3. Terdapat keseragaman warna latar biru pada bulan sabit yang dilengkapkan dengan gabungan simbolik grafik satu keluarga harmoni yang kukuh dan mantap.
  4. Tangan yang diikat ke atas melambangkan sebuah keluarga harmoni yang sentiasa ceria dan bahagia.
  5. Terdapat perbezaan warna pada grafik keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, anak lelaki dan anak perempuan. Warna pada anak lelaki dan anak perempuan adalah proportionate daripada warna biru (bapa) dan merah (ibu). Ini melambangkan penyambungan zuriat / keturunan di dalam sebuah keluarga. Begitu juga, ibu bapa bertanggungjawab di dalam mencorakkan kehidupan anak mereka.

Accessibility Toolbar

ms_MYMS