Khidmat Pelanggan

Search

Program Latihan & Promosi (PLP)

Setiap negara yang wujud di dunia ini akan mengalami proses normal iaitu pertumbuhan yang pesat dari segi kadar pertambahan bilangan penduduknya dari semasa ke semasa. Sejajar dengan peningkatan populasi penduduk sesebuah negara, maka ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi sesebuah negara. Berikutan pertambahan bilangan manusia di muka bumi ini, maka masalah pengangguran dan peluang pekerjaan akan menjadi lebih terhad, di sebabkan persaingan ini.

Mengikut Buku Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat 2017, negeri Johor Darul Ta’zim mencatatkan pendaftaran golongan OKU sebanyak 55,761 yang mewakili ketidakupayaan Penglihatan (4,365), Pendengaran (3,906), Fizikal (20,122), Masalah Pembelajaran (5,452), Pertuturan (298), Mental (5,5761) dan Pelbagai (2,660) 

Bagi mencapai impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri, negara memerlukan tenaga kerja tempatan yang berdaya saing dan berkualiti tinggi. Sudah semestinya kita tidak mahu lagi bergantung harap sepenuhnya kepada pekerja asing untuk memajukan negara kita. Justeru langkah pihak kerajaan negeri untuk memperkasakan Program Latihan dan Promosi adalah satu pendekatan yang amat wajar dan signifikan.

OBJEKTIF

  • Melatih golongan OKU dan golongan berpendapatan rendah mahir dalam pelbagai bidang secara teknikal.
  • Meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber tenaga asing bagi memenuhi pasaran kerja tempatan ekonomi Negara
  • Tenaga pengajar yang dilantik akan membantu peserta dari segi latihan peningkatan kemahiran serta pemantauan.
  • Menggalakkan golongan OKU dan golongan berpendapatan rendah mendapatkan faedah di bidang ekonomi supaya taraf hidup golongan tersebut dipertingkatkan.
  • Mewujudkan usahawan dan produk- produk perniagaan dibawah YPKDT.
  • Memudahkan pencarian tenaga kerja oleh pihak industri serta perkhidmatan yang disediakan oleh YPKDT melalui web YPKDT.

Accessibility Toolbar

ms_MYMS