Program Pembangunan
Sahsiah, Emosi & Eskplorasi Diri (PROSEED)
Program ini diadakan atas kesedaran kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat. Program ini bertujuan bagi memutuskan rantaian kemiskinan dikalangan keluarga berpendapatan rendah bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Penglibatan anak-anak golongan miskin ini bertujuan untuk menjadikan mereka sebagai “ejen perubahan” dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang berkualiti.
YPKDT merangka program ini dengan menggunakan kaedah “action-oriented”. Ia dilakukan menerusi pembentukan jatidiri di samping berinovasi mencari peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga di masa akan datang.
OBJEKTIF
- Memberi kesedaran tentang potensi diri yang perlu digilap dalam menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk terus berjaya dalam kehidupan mereka.
- Membentuk peribadi dan sahsiah diri yang unggul dengan mencontohi tokoh-tokoh ilmuwan yang berjaya.
- Memupuk nilai daya saing yang tinggi dikalangan peserta program dalam memperbaiki dan mengukuhkan ekonomi keluarga selain bermotivasi tinggi dalam mengharungi kehidupan.