Khidmat Pelanggan

Search

Program Pengamalan Sakinah

Modul Keluarga Sakinah (MKS) adalah satu modul yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran keibubapaan (Islamic Parenting Skill) dan kendiri ke arah membangun, mengukuh dan memantapkan institusi keluarga selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.

Modul ini mula diperkenalkan pada awal penubuhan Yayasan pembangunan keluarga Darul Ta’zim (1997) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor, Jabatan Mufti Johor dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung dalam pembikinan buku modul ini. Modul ini mempunyai 9 modul bermula dengan Modul 2 Persediaan keibubapaan sehingga modul ke 10 Husnul Khatimah menekankan konsep Penghayatan Keluarga SAKINAH.

YPKD telah merancang perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah ini dengan pendekatan Ceramah Bersiri yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat secara holistik. Diikuti dengan program-program Pengamalan Sakinah yang membantu masyarakat lebih memahami secara praktikal seterusnya menjadi satu gaya hidup dan mengukuhkan institusi kekeluargaan di Negeri Johor ini. 

OBJEKTIF

  • Melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, bangsa, negara dan agama.
  • Memberi pendedahan ilmu dan tunjuk cara perlaksanaan urusan keluarga Islam (Islamic Parenting Skill).
  • SAKINAH sebagai satu wadah untuk melahirkan generasi cemerlang di samping memupuk semangat kekeluargaan yang harmoni dan berlandaskan agama.
  • Menjadikan Modul Keluarga SAKINAH sebagai satu gaya hidup masyarakat Islam khususnya di Negeri Johor

SASARAN DAN IMPAK

  • Program ini disasarkan kepada setiap peringkat umur di dalam Modul keluarga SAKINAH.
  • Melalui program ini diharap dapat menambah ilmu berkenaan kekeluargaan kepada masyarakat.
  • Program ini juga diharapkan dapat membimbing masyarakat dalam menguruskan hal berkaitan kekeluargaan mereka dari sudut syarak seterusnya menyumbang kepada pembangunan, pengukuhan serta pemantapan institusi kekeluargaan di Negeri Johor.

Antara Program Pengamalan Sakinah yang telah dilaksanakan adalah:

  1. Menuju Cinta Sakinah
  2. Permata Sakinah
  3. Selangkah Seiring Jalan
  4. Permata Sakinah
  5. Pengamalan Hari Ke7
  6. Penyerahan Taklif
  7. Remaja Sakinah
  8. Sehari Bersama Keluarga
  9. Mahligai Idaman
  10. Mesra Sakinah
  11. Nostalgia Perkahwinan
  12. Muzakarah Keluarga
  13. Sakinah Warga Industri
  14. Ihya’ Ramadhan
  15. Tazkiatun Nafs
  16. Pengurusan Harta
  17. Pengurusan Jenazah

Accessibility Toolbar

ms_MYMS