Search

Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP)

Kerajaan Negeri melalui penubuhan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah menetapkan tiga (3) objektif utama penubuhannya iaitu mengukuhkan institusi keluarga, membawa wanita dalam arus pembangunan, dan menangani masalah sosial.

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sentiasa menyokong pembangunan terutama dari segi peningkatan sosioekonomi rakyat yang terdiri dari kalangan wanita, keluarga dan masyarakat. Ini terbukti dengan inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini melalui program-program seperti Women’s Income-Generating Skills Project (WINGS), Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP), Skim Permulaan Perniagaan (PEMULA), Kursus Inspirasi Usahawan Berfokus (KIUB), dan Projek Ekonomi Rakyat dan Kumpulan Sasar (PERKASA).

Bermula Tahun 2019, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) serius dalam pembangunan usahawan wanita khususnya dalam menggalak serta memfokuskan kemandirian serta kejayaan mereka. Usahawan Wanita bukan lagi hanya mengusahakan produk secara homebased malah mampu keluar berniaga dan mampu mengeluarkan kuantiti produk pada skala lebih besar. Pelbagai program dicadang dan dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan kumpulan sasar selari dengan harapan kerajaan dalam menelusuri Dasar Keusahawanan Negara yang telah diperkenalkan pada Tahun 2019.

Bagi mendepani ketidak tentuan ekonomi, salah satu inisiatif kerajaan dalam meningkatan keupayaan Wanita dan golongan sasar dengan harapan mereka mampu berdikari dan meningkatkan kualiti kehidupan adalah melalui Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR). Program ini meliputi program kemahiran, nilai tambah dari segi pengetahuan dan peluang dalam membina, membangun serta mengembangkan perniagaan yang diusahakan.

Program ini memberi penekanan dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan sasaran iaitu ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Peralatan bagi mereka yang berpotensi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan juga membantu golongan wanita yang telah mempunyai produk sendiri mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pemberian barang peralatan yang diperlukan.

OBJEKTIF

Menangani masalah sosial dan memperkukuhkan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat melalui program-program yang sistematik.

KUMPULAN SASAR

Masyarakat di negeri Johor hidup dalam keadaan sejahtera, beriltizam, harmoni dan cemerlang melalui institusi keluarga yang kukuh dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN (SKIPP)

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Johor atau mereka yang bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun berturut-turut.
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun semasa memohon.
  3. Terbuka kepada golongan sasar YPKDT iaitu Ibu Tunggal, Wanita Berpendapatan Rendah (B40), Belia B40 dan OKU.
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang pernah menyertai kursus dibawah kendalian YPKDT seperti WINGS, KIUB atau sebarang kursus berkaitan perniagaan.
  5. Terbuka kepada usahawan golongan sasar YPKDT yang mengusahakan perniagaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan keatas dan kurang daripada lima (5) tahun & belum pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi berkaitan.
  6. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang menghasilkan produk sendiri dan telah menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000.00 sebulan atau RM12,000.00 setahun dan kurang daripada RM5,000.00 sebulan atau RM60,000.00 setahun.
  7. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor.
  8. Borang yang tidak lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan TIDAK AKAN diproses.

Borang Permohonan

Borang Permohonan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP)

Accessibility Toolbar

ms_MYMS