Search

Taklimat Kesedaran Orang Kurang Upaya

OBJEKTIF

  • Memberi penerangan jelas tentang jenis-jenis ketidakupayaan yang terdapat di dunia.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan OKU di kalangan mereka dan hasrat untuk sama-sama maju di dalam Negara yang membangun.
  • Menerangkan secara jelas berkenaan dengan keperluan serta hak yang perlu dilaksanakan sebagai sebahagian dalam masyarakat kepada OKU.
  • Memberi kesedaran kepada umum agar dapat memahami dan mengaplikasi bentuk komunikasi yang betul secara lebih baik dan berkesan dengan OKU sama ada di dalam pekerjaan, pendidikan dan kehidupan seharian.
  • Mempromosi Dasar Orang Kurang Upaya agar masyarakat lebih prihatin akan hak dan keperluan OKU untuk hidup bermasyarakat.

SASARAN DAN IMPAK

  • Taklimat ini diharapkan dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada masyarakat berkenaan dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
  • Melalui kesedaran ini masyarakat akan lebih banyak membuka peluang kepada golongan OKU termasuklah peluang pekerjaan dan menerima mereka dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
  • Lebih banyak bantuan dapat disalurkan dengan tepat agar tidak ada golongan OKU yang tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya.
  • Keprihatinan masyarakat adalah penentu ukur bagi pencapaian sesuatu institusi. Oleh itu, melalui keprihatinan yang tinggi dapat menaikkan tahap sosioekonomi golongan Orang Kurang Upaya.

GOLONGAN SASARAN

Terdiri daripada rakyat Johor sebagaimana berikut:

  • Wakil majikan yang menggaji dan berhasrat menggaji pekerja OKU
  • Ketua kampung, Penghulu atau pemimpin masyarakat
  • Ibu bapa kepada OKU
  • Pelajar-pelajar sekolah dan pengajian tinggi
  • Masyarakat Johor secara umum

Accessibility Toolbar

ms_MYMS