Search

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

NORISAH BINTI MURAD
KETUA BAHAGIAN

Bahagian ini diterajui oleh Ketua Bahagian. Bahagian ini memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran yang efisyen dan cekap kepada Unit dan cawangannya di daerah.

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan:

    • Struktur organisasi dan perjawatan, urusan-urusan perkhidmatan, latihan kakitangan dan peperiksaan serta urusan-urusan berkaitan prestasi dan kemajuan kerjaya kakitangan.
    • Pengurusan kewangan, perolehan, kontrak dan aset.
    • Pengurusan korporat dan maklumat strategik jabatan.
    • Pengurusan Pembangunan ICT.

Unit utama adalah:

Memastikan pengurusan pentadbiran pejabat, khidmat pelanggan dan sokongan berjalan dengan cekap dan teratur dari segi perkhidmatan, korporat, keselamatan dan pentadbiran am bagi semua Bahagian dan Unit-Unit mengikut pekeliling, arahan pentadbiran yang berkuatkuasa.

Memastikan kemudahan ICT dan logistik sentiasa ditahap cemerlang dan selamat digunakan.

Memastikan semua urusan kewangan, perolehan, pengurusan aset dan stor selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

Menyediakan khidmat pengurusan yang profesional dan berkualiti dalam mendokong sistem penyampaian perkhidmatan YPKDT

Peneraju kecemerlangan tadbir urus yang berkualiti dan berinovasi bagi YPKDT

PERANAN / FUNGSI

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan dari segi pentadbiran am, pengurusan korporat dan khidmat pelanggan, pengurusan aset, hal ehwal keselamatan fizikal dan ICT, dokumen, percetakan serta pengurusan kenderaan YPKDT yang berkesan bagi memastikan objektif YPKDT tercapai dengan jayanya.

Bahagian khidmat pengurusan mempunyai cawangan pengurusannya di 10 daerah seluruh Johor:

  • YPKDT Daerah Johor Bahru
  • YPKDT Daerah Muar
  • YPKDT Daerah Batu Pahat
  • YPKDT Daerah Segamat
  • YPKDT Daerah Kluang
  • YPKDT Daerah Mersing
  • YPKDT Daerah Pontian
  • YPKDT Daerah Kota Tinggi
  • YPKDT Daerah Kulai
  • YPKDT Daerah Tangkak

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga kerja YPKDT berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

1. UNIT PENTADBIRAN

  • Memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra didalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personal berlandaskan prinsipprionsip perkhidmatan serta peraturan yang ditetapkan.
  • Memberikan kursus dan latihan kepada semua kakitangan bagi meningkatkan profesionalisme sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

2. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  • Memperakui penerimaan aduan (Surat Akuan Terima) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima.
  • Menyelesaikan segala aduan pelanggan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja.
  • Menyelaras penyediaan maklum balas isu menerusi media dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
  • Memenuhi 80% tahap kepuasan pelanggan dengan membuat pengukuran melalui Kajian Kepuasan Pelanggan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
  • Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan YPKDT 1 kali setahun.
  • Menyedia dan menerbitkan Buletin YPKDT 1 keluaran setahun.
  • Memantau dan mengemaskinikan kandungan portal, laman sosial (Facebook Page, Instagram, Tiktok, Twitter, Youtube) YPKDT setiap hari waktu bekerja.
  • Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima.

3. UNIT KEWANGAN

  • Memastikan semua tuntutan yang lengkap dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menyediakan Anggaran Perbelanjaan Tahunan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pencapaian prestasi perbelanjaan mengurus dan tanggungan serta pembangunan pada puratanya melebihi paras 85% peruntukan tahunan yang
    diluluskan.

4. UNIT PENGURUSAN ASET

  • Menyediakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan sepertimana peruntukan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan: 1PP
  • Menjalankan Mesyurat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan setiap suku tahun sepertimana peruntukan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan: 1PP
  • Mendaftar, menyimpan, mengemaskini penggunaan dan menyelenggara aset alih kerajaan sepertimana peruntukan Pengurusan Aset Alih Kerajaan: 1PP
  • Memproses permohonan pelupusan dan hapuskira Aset Kerajaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

5. UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK

  • Permohonan lengkap bagi Pengecualian Dari Tatacara Perolehan Kerajaan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Penyediaan Jadual Harga Pembukaan Tender dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh tutup tender.
  • Pengeluaran Surat Keputusan Tender dalam tempoh tiga (3) hari bekerja kepada jabatan pelaksana dari tarikh Mesyuarat Lembaga Perolehan diadakan.
  • Pelawaan Tender Kontrak Pusat dilaksanakan dalam tempoh lima (5) bulan sebelum tempoh kontrak pusat tamat.

6. UNIT TEKNOLOGI MALUMAT

  • Menyelenggara dan menyelesaikan aduan berkaitan sistem maklumat dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Memberi perkhidmatan teknologi maklumat kepada YPKDT melalui kualiti perkhidmatan sokongan teknikal dan khidmat nasihat.
  • Memantau dan memastikan kontraktor penyelenggaraan menyelesaikan aduan-aduan masalah pengguna dengan segera dan cekap.
  • Berusaha memenuhi keperluan pembangunan sistem, aset ICT, rangkaian serta latihan ICT kepada kakitangan YPKDT.
  • Memastikan pelayan (server) beroperasi dan boleh dicapai sekurang-kurang 95% setahun dan memastikan keselamatan pusatdata sentiasa terjamin sepanjang masa.
  • Mengemaskini kandungan laman web jabatan dalam tempoh dua (2) hari waktu bekerja dari tarikh maklumat diterima.

Accessibility Toolbar

en_GBEN

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Gamabar En Ridhwan bin Samsudin

KETUA UNIT

MUHAMAD RIDHWAN BIN SAMSUDIN

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2020 bagi menggantikan Unit Perhubungan Awam yang telah wujud sebelum ini.

FUNGSI

Peranan utama Unit Komunikasi Korporat adalah sebagai focus point YPKDT dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat jabatan, perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.

UNIT KEWANGAN

CARTA ORGANISASI

Gambar Puan Norlaila

KETUA UNIT

NORLAILA SHAZREEN BINTI ABDUL RAHIM

Gambar Puan Haleeda

PENOLONG AKAUANTAN

NUR HALEEDA BINTI MD KHALID

Gambar Puan Haiza

PEMBANTU TADBIR

NOORHAIZA BINTI JAMALUDIN

PENGENALAN

Unit Kewangan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan pengurusan kewangan yang menepati keperluan dan kehendak pihak ‘stakeholders’, Memberi perkhidmatan pengurusan perolehan dan aset yang cekap mengikut prosedur kewangan yang berkuat kuasa, menyedia, memantau dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan agar mencapai penggunaan optima serta meningkatkan kompetensi dan kecekapan kakitangan YPKDT dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang berterusan.

FUNGSI

  1. Mengurus belanjawan tahunan.
  2. Mengurus penyata kewangan.
  3. Mengurus permohonan peruntukan perbelanjaan.
  4. Mengurus pembayaran semua tuntutan Dan bil di bawah bajet mengurus, pembangunan Dan kumpulan wang

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

CARTA ORGANISASI

Gambar Encik Mohd Ayraf

KETUA UNIT

MOHD ASYRAF BIN MOHAMED HANIF

PENOLONG PEGAWAI

MOHD RIZAL BIN AHMAD

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat merupakan penyelaras utama teknologi maklumat YPKDT yang memainkan peranan dalam merancang, menyelaras dan memperkembangkan adaptasi penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pentadbiran dan Pengurusan Jabatan.

FUNGSI

  • Perolehan peralatan ICT (komputer, mesin pencetak, alat ganti computer, dan lain-lain peralatan ICT.
  • Memperkembangkan sistem yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa.
  • Mengurus hal ehwal perancangan, pembangunan, penyelenggaraan sistem maklumat.
  • Memberi Khidmat sokongan dan rundingan ICT.

UNIT PENTADBIRAN

CARTA ORGANISASI

Gambar Pn Siti Khatijah

KETUA UNIT

SITI KHATIJAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Gambar Puan Suryani

PEMBANTU TADBIR

SURYANI BINTI JASMAN

Gambar Cik Leliana

PEMBANTU TADBIR

LELIANA NASUTION BINTI MOH SARIP

PEMBANTU OPERASI

AZHARUDDIN BIN MOHD JOHAR

Gambar Puan Rehana

PEMBANTU OPERASI

REHANA BINTI ABDUL RAHIM

Gambar Encik Mustafa

PEMANDU

MUSTAFA KAMAL BIN ABDURRASHID

PENGENALAN

Unit Pentadbiran merupakan nadi utama YPKDT yang memainkan peranan sebagai unit yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan jabatan.

FUNGSI

  • Menguruskan perjawatan, perkhidmatan dan kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan. penyediaan rekod perkhidmatan dan cuti pegawai dan kakitangan.
  • Menguruskan pengemaskinian data maklumat dalam sistem HRMIS.
  • Menguruskan penyediaan sasaran kerja tahunan dan laporan penilaian prestasi anggota jabatan.
  • Menguruskan kursus dan latihan kakitangan. Mengurus dan memantau kehadiran bagi semua pegawai dan kakitangan.
  • Menyelia dan memantau keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan pejabat.
  • Menguruskan surat menyurat dan sistem fail.
  • Menguruskan emolumen kakitangan.
  • Melaksanakan proses berhenti kerja, persaraan/pencen kakitangan.
  • Menguruskan proses tindakan tatatertib anggota jabatan.
  • Menguruskan penggunaan kenderaan jabatan.

Unit Perolehan & Pengurusan Kontrak

Gambar Puan Syahadah

KETUA SUB UNIT

NUR SYAHADAH BINTI SULAIMAN

FUNGSI

  1. Mengurus pendaftaran Kontraktor/Pembekal.
  2. Mengurusetia Penjualan Sebutharga/tender.
  3. Merancang Dan menguruskan perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja merangkumi Bahagian/Unit.
  4. Mengurusetia Penyediaan Pelantikan Perunding.
  5. Mengurusetia Rundingan Terus.

Unit Pengurusan Aset

Gambar Encik Azlan

KETUA UNIT

MOHD AZLAN BIN RAHMAT

Gambar Cik Kartini

PAMBANTU TADBIR

NUR KARTINI BINTI KAMAROLZAMAN

PENGENALAN

Sub Unit Pengurusan Aset ditubuhkan bagi menyelaras dan memastikan setiap Aset Alih Kerajaan serta pengurusan Stor YPKDT dilaksanakan sepenuhnya mengikut ketetapan Tatacara Pengurusan Aset Alih berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

FUNGSI

Menguruskan Penerimaan, Pendaftaran, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pelupusan dan kehilangan aset secara efektif dan efisien dengan mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat jabatan.