Customer Service

Search

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

ZULKAFLI BIN KADIR
KETUA BAHAGIAN
PEMBANGUNAN KELUARGA

Bahagian ini diterajui oleh Ketua Bahagian dan di bantu oleh Ketua Unit Pembangunan Keluarga, Ketua Unit Pembangunan Wanita dan Pegawai Tadbir YPKDT Daerah. Bahagian ini bertanggungjawab merancang, menyelaras, melaksana, menyemak, dan memantau program / projek / aktiviti tahunan Bahagian Pembangunan Keluarga bagi seluruh Daerah / Parlimen / Dun Negeri Johor.

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan:

  • Pembangunan, pengukuhan serta pemerkasaan wanita dan keluarga di Negeri Johor.
  • Program-program intervensi dan kesedaran dalam hal berkaitan institusi keluarga dan pembangunan wanita.
  • Menyelia, menyelaras dan melaksana berkaitan program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di seluruh daerah.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada wanita dan keluarga yang menjadi suri tauladan kepada pembangunan masyarakat di Negeri Johor.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan tenaga pengajar / penceramah / pembimbing / pemudahcara / fasilitator berkaitan pembangunan keluarga Islam dan bukan Islam melalui pelaksanaan Modul Kelurga Sakinah (MKS) dan Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ).
  • Menyelia dan menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti Pembangunan Keluarga di peringkat daerah dan DUN

Unit utama adalah:

    • Unit Pembangunan Keluarga
    • Unit Pembangunan Wanita
    • YPKDT Daerah (10 daerah)

Memperkasakan peranan dan fungsi institusi keluarga sebagai agen pembangunan negara dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan Sejahtera di negeri Johor

Memberi bimbingan, panduan dan rujukan kepada keluarga dalam menyelesaikan isu dan permasalahan sosial dalam masyarakat.

Memberi dan menyediakan kemudahan dan sistem sokongan sosial kepada wanita bagi membolehkan mereka mengilap potensi bagi menyumbang kepada pembangunan negara.

Memberi pengiktirafan kepada Wanita dan Keluarga yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan keluarga dan Masyarakat di negeri Johor.

Memastikan perkhidmatan dan pelaksanaan program, projek dan aktiviti pembangunan keluarga dapat disampaikan secara efisyen, cekap dan menyeluruh.

  • Berusaha memastikan masyarakat Negeri Johor mendapat dan menerima impak keberkesanaan pelaksanaan program-program pembangunan keluarga.

  • Berusaha menyediakan perkhidmatan program dan sistem sokongan yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada golongan sasar.

PERANAN / FUNGSI

Bahagian Pembangunan Keluarga bertanggungjawab dalam merancang menyelaras dan memantau perancangan dan pelaksanaan program / aktiviti pembangunan dan pemerkasaan wanita dan keluarga di Negeri Johor khususnya dalam memperkasakan peranan institusi keluarga dan potensi wanita bagi melahirkan serta membentuk modal insan yang berkualiti sejajar dengan objektif penubuhan YPKDT.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga kerja YPKDT berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

1. UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA 

1.1 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sakinah dilaksanakan minima 25 kali sebulan oleh Penggerak Sakinah mengikut kawasan parlimen yang telah ditetapkan. 

1.2 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor dilaksanakan minima 20 kali sebulan oleh Penggerak Wanita mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) yang telah ditetapkan. 

1.3 Memastikan Pengamalan Sakinah dilaksanakan minima 30 kali sebulan oleh Penggerak Hospital Darul Ta’zim di hospital yang telah ditetapkan. 

1.4 Menguruskan berkaitan permohonan pelaksanaan program kerjasama daripada pelbagai agensi/pihak. 1.5 Memastikan urusan pembayaran Wang Tunai peserta Anak Angkat Makmur Johor (AAMJ) diselesaikan mengikut tempoh suku tahun yang telah ditetapkan. 1.6 Memastikan data AAMJ dikemaskini setiap tahun. 

2. UNIT PEMBANGUNAN WANITA

2.1 Memastikan pendaftaran ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang dimohon akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

2.2 Mengemaskini data ibu tunggal dan wanita bependapatan rendah di dalam Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART) sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

2.3 Memastikan pelbagai program dan aktiviti wanita dilaksanakan bagi meraikan dan mengiktiraf peranan, sumbangan serta kejayaan wanita dalam pelbagai bidang yang diceburi.

2.4 Memastikan pelaporan Penggerak Wanita Darul Ta’zim (PWDT) sebanyak 20 aktiviti setiap bulan.

2.5 Memastikan ceramah dan aktiviti penyampaian Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) dilaksanakan sekurang-kurangnya lima (5) kali sebulan bagi setiap Dun.

2.6 Memastikan sekurang-kurangnya sepuluh (10) Program Kembara Keluarga Sejahtera Negeri Johor (KKSNJ) dilaksanakan dalam setahun.

2.7 Penyelarasan pengoperasian Rumah Pesona Johor (RPJ) di Center of Suri Johor (COS), Jalan Petrie, Johor Bahru.

2.8 Memastikan pelbagai pengisian dan aktiviti dilaksanakan di Center of Suri Johor (COS) YPKDT daerah sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

3. YPKDT DAERAH

3.1 Merancang, menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program dan aktiviti di peringkat daerah berdasarkan program pada tahun semasa yang telah diputuskan dan dicadangkan di peringkat bu pejabat.

3.2 Mencadangkan program / aktiviti yang bersesuaian dengan fungsi dan objektif YPKDT berdasarkan golongan sasar di peringkat daerah.

3.3 Menyelia dan memantau prestasi Penggerak Sakinah (PS), Penggerak Wanita Darul Ta’zim (PWDT) dan Penggerak Hospital (PH) di peringkat daerah serta penyediaan pelaporan aktiviti penggerak pada setiap bulan.

3.4 Menyelia dan memantau prestasi pelaksanaan program di peringkat daerah dan penyediaan pelaporan pencapaian program serta mencadangkan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

3.5 Bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Daerah.

3.6 Menyelia dan menyelaras pelaksanaan program serta aktiviti di Center of Suri Johor (COS) di peringkat daerah.

3.7 Menyelia dan menyelaras pengurusan serta aktiviti program JCC di peringkat daerah dan menyediakan pelaporan berkaitan dengannya.

Unit Utama

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

CARTA ORGANISASI

KETUA UNIT (S41)

MUHAMAD RIDHWAN BIN SAMSUDIN

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan YPKDT.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

UNIT KEWANGAN

CARTA ORGANISASI

AKAUNTAN (W41)

NURLAILA SHAZREEN BINTI ABDUL RAHIM

PENOLONG AKAUANTAN (W29)

SITI HALEEDA

PENGENALAN

Unit Kewangan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan
pengurusan kewangan yang menepati keperluan dan kehendak pihak ‘stakeholders’, Memberi
perkhidmatan pengurusan perolehan dan aset yang cekap dan menguntungkan kerajaan mengikut
prosedur kewangan yang berkuat kuasa, Menyedia, memantau dan mengawal peruntukan dan
perbelanjaan tahunan agar mencapai penggunaan optima yang berkesan serta Meningkatkan
kompetensi dan kecekapan kakitangan YPKDT dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang
berterusan

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

CARTA ORGANISASI

KETUA UNIT (F41)

MOHD ASYRAF BIN MOHAMED HANIF

PENOLONG PEGAWAI (F29)

MOHD RIZAL BIN AHMAD

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat (UTM) merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menyediakan
infrastruktur serta perkhidmatan ICT di Politeknik Melaka. UTM berperanan menyediakan serta
menguruskan infrastruktur rangkaian, sistem aplikasi serta perkakasan dan perisian bagi kegunaan
semua warga YPKDT. Unit ini juga berperanan memberi bantuan teknikal kepada staf dan pelajar
PMK dalam menjalankan aktiviti atau program termasuk majlis rasmi jabatan.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

UNIT PENTADBIRAN

CARTA ORGANISASI

KETUA UNIT (N29))

SITI KHATIJAH BINTI ZAINAL ABIDIN

KETUA UNIT (N29)

SURYANI BINTI JASMAN

KETUA UNIT (N29)

AZHARUDDIN BIN MOHD JOHAR

KETUA UNIT (N29)

REHANA BINTI ABDUL RAHIM

KETUA UNIT (N29)

MUSTAFA KAMAL BIN ABDURRASHID

PENGENALAN

Unit Pentadbiran merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab atas segala urusan persuratan
dan hal-hal pentadbiran am dikendalikan secara cekap dan bersistematik bagi menjamin kelancaran
tugas harian dan memastikan segala rekod-rekod perkhidmatan anggota diselenggarakan secara
teratur dan sistematik demi menjaga kebajikan anggota.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK

CARTA ORGANISASI

KETUA UNIT (N29)

NUR SHAHADAH BINTI SULAIMAN

PENGENALAN

Unit Pentadbiran merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab atas segala urusan persuratan dan hal-hal pentadbiran am dikendalikan secara cekap dan bersistematik bagi menjamin kelancaran
tugas harian dan memastikan segala rekod-rekod perkhidmatan anggota diselenggarakan secara
teratur dan sistematik demi menjaga kebajikan anggota.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

UNIT PENGURUSAN ASET

CARTA ORGANISASI

KETUA UNIT (N29)

MOHD AZLAN BIN RAHMAT

KETUA UNIT (N29)

NUR KARTINI BINTI KAMAROLZAMAN

PENGENALAN

Unit Pentadbiran merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab atas segala urusan persuratan
dan hal-hal pentadbiran am dikendalikan secara cekap dan bersistematik bagi menjamin kelancaran
tugas harian dan memastikan segala rekod-rekod perkhidmatan anggota diselenggarakan secara
teratur dan sistematik demi menjaga kebajikan anggota.

FUNGSI

Unit Komunikasi Korporat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan
pelanggan YPKDT.

Accessibility Toolbar

en_GBEN