Search

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

ZULKAFLI BIN KADIR
KETUA BAHAGIAN

Bahagian ini diterajui oleh Ketua Bahagian dan di bantu oleh Ketua Unit Pembangunan Keluarga, Ketua Unit Pembangunan Wanita dan Pegawai Tadbir YPKDT Daerah. Bahagian ini bertanggungjawab merancang, menyelaras, melaksana, menyemak, dan memantau program / projek / aktiviti tahunan Bahagian Pembangunan Keluarga bagi seluruh Daerah / Parlimen / Dun Negeri Johor.

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan:

  • Pembangunan, pengukuhan serta pemerkasaan wanita dan keluarga di Negeri Johor.
  • Program-program intervensi dan kesedaran dalam hal berkaitan institusi keluarga dan pembangunan wanita.
  • Menyelia, menyelaras dan melaksana berkaitan program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di seluruh daerah.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada wanita dan keluarga yang menjadi suri tauladan kepada pembangunan masyarakat di Negeri Johor.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan tenaga pengajar / penceramah / pembimbing / pemudahcara / fasilitator berkaitan pembangunan keluarga Islam dan bukan Islam melalui pelaksanaan Modul Kelurga Sakinah (MKS) dan Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ).
  • Menyelia dan menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti Pembangunan Keluarga di peringkat daerah dan DUN

Unit utama adalah:

Memperkasakan peranan dan fungsi institusi keluarga sebagai agen pembangunan negara dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan Sejahtera di negeri Johor

Memberi bimbingan, panduan dan rujukan kepada keluarga dalam menyelesaikan isu dan permasalahan sosial dalam masyarakat.

Memberi dan menyediakan kemudahan dan sistem sokongan sosial kepada wanita bagi membolehkan mereka mengilap potensi bagi menyumbang kepada pembangunan negara.

Memberi pengiktirafan kepada Wanita dan Keluarga yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan keluarga dan Masyarakat di negeri Johor.

Memastikan perkhidmatan dan pelaksanaan program, projek dan aktiviti pembangunan keluarga dapat disampaikan secara efisyen, cekap dan menyeluruh.

  • Berusaha memastikan masyarakat Negeri Johor mendapat dan menerima impak keberkesanaan pelaksanaan program-program pembangunan keluarga.

  • Berusaha menyediakan perkhidmatan program dan sistem sokongan yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada golongan sasar.

PERANAN / FUNGSI

Bahagian Pembangunan Keluarga bertanggungjawab dalam merancang menyelaras dan memantau perancangan dan pelaksanaan program / aktiviti pembangunan dan pemerkasaan wanita dan keluarga di Negeri Johor khususnya dalam memperkasakan peranan institusi keluarga dan potensi wanita bagi melahirkan serta membentuk modal insan yang berkualiti sejajar dengan objektif penubuhan YPKDT.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga kerja YPKDT berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

1. UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA 

1.1 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sakinah dilaksanakan minima 25 kali sebulan oleh Penggerak Sakinah mengikut kawasan parlimen yang telah ditetapkan. 

1.2 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor dilaksanakan minima 20 kali sebulan oleh Penggerak Wanita mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) yang telah ditetapkan. 

1.3 Memastikan Pengamalan Sakinah dilaksanakan minima 30 kali sebulan oleh Penggerak Hospital Darul Ta’zim di hospital yang telah ditetapkan. 

1.4 Menguruskan berkaitan permohonan pelaksanaan program kerjasama daripada pelbagai agensi/pihak. 1.5 Memastikan urusan pembayaran Wang Tunai peserta Anak Angkat Makmur Johor (AAMJ) diselesaikan mengikut tempoh suku tahun yang telah ditetapkan. 1.6 Memastikan data AAMJ dikemaskini setiap tahun. 

2. UNIT PEMBANGUNAN WANITA

2.1 Memastikan pendaftaran ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang dimohon akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

2.2 Mengemaskini data ibu tunggal dan wanita bependapatan rendah di dalam Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART) sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

2.3 Memastikan pelbagai program dan aktiviti wanita dilaksanakan bagi meraikan dan mengiktiraf peranan, sumbangan serta kejayaan wanita dalam pelbagai bidang yang diceburi.

2.4 Memastikan pelaporan Penggerak Wanita Darul Ta’zim (PWDT) sebanyak 20 aktiviti setiap bulan.

2.5 Memastikan ceramah dan aktiviti penyampaian Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) dilaksanakan sekurang-kurangnya lima (5) kali sebulan bagi setiap Dun.

2.6 Memastikan sekurang-kurangnya sepuluh (10) Program Kembara Keluarga Sejahtera Negeri Johor (KKSNJ) dilaksanakan dalam setahun.

2.7 Penyelarasan pengoperasian Rumah Pesona Johor (RPJ) di Center of Suri Johor (COS), Jalan Petrie, Johor Bahru.

2.8 Memastikan pelbagai pengisian dan aktiviti dilaksanakan di Center of Suri Johor (COS) YPKDT daerah sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

3. YPKDT DAERAH

3.1 Merancang, menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program dan aktiviti di peringkat daerah berdasarkan program pada tahun semasa yang telah diputuskan dan dicadangkan di peringkat bu pejabat.

3.2 Mencadangkan program / aktiviti yang bersesuaian dengan fungsi dan objektif YPKDT berdasarkan golongan sasar di peringkat daerah.

3.3 Menyelia dan memantau prestasi Penggerak Sakinah (PS), Penggerak Wanita Darul Ta’zim (PWDT) dan Penggerak Hospital (PH) di peringkat daerah serta penyediaan pelaporan aktiviti penggerak pada setiap bulan.

3.4 Menyelia dan memantau prestasi pelaksanaan program di peringkat daerah dan penyediaan pelaporan pencapaian program serta mencadangkan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

3.5 Bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Daerah.

3.6 Menyelia dan menyelaras pelaksanaan program serta aktiviti di Center of Suri Johor (COS) di peringkat daerah.

3.7 Menyelia dan menyelaras pengurusan serta aktiviti program JCC di peringkat daerah dan menyediakan pelaporan berkaitan dengannya.

Accessibility Toolbar

en_GBEN

Unit Pembangunan Keluarga

Gambar Puan Warda

KETUA UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA

NAHZATUL WARDA BINTI MOHD BADRI

Gambar En Syed Azuan

PEMBANTU TADBIR

SYED MOHAMAD AZUAN BIN SYED HAMID

PENGENALAN

Unit Pembangunan Keluarga merupakan unit yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti / program pembangunan, pemerkasaan dan pengukuhan institusi keluarga di Negeri Johor melalui pelbagai kaedah dan pendekatan yang komprehensif.

FUNGSI

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti Modul Keluarga Sakinah.
  2. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor.
  3. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program sokongan keluarga seperti Program Anak Angkat Makmur Johor.
  4. Menguruskan permohonan program-program lain berkaitan kekeluargaan.

Unit Pembangunan Wanita

Gambar Cik Siti Faizah

KETUA UNIT PEMBANGUNAN WANITA

SITI FAIZAH NOOR BINTI SABUDIN

Gambar Puan Marjana

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

MARJANA RAIHAN BINTI RAMLAN

PEMBANTU TADBIR

SYAHIRA BINTI SARBINI

PENGENALAN

Unit Pembangunan Wanita berfungsi bagi merancang, menyelaras dan menyelia pelaksanaan program, projek dan aktiviti pembangunan serta pemerkasaan wanita Negeri Johor melalui pelbagai kaedah dan pendekatan yang kompreshensif, inklusif dan efektif bagi mengarusperdanakan wanita Negeri Johor.

FUNGSI

  1. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan program/ projek/ aktiviti pembangunan dan pemerkasaan wanita Negeri Johor sejajar dengan objektif penubuhan YPKDT.
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor untuk jangka pendek dan panjang.
  3. Menyelaras, menyelia dan memantau pendaftaran ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah (B40), serta mengemaskini data dan pelaporan pendaftaran dalam Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART).
  4. Merancang, menyelaras, menyelia dan memantau aktiviti serta program penyampaian Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor.
  5. Menyelia dan memantau aktiviti dan pelaporan program Penggerak Wanita Darul Ta’zim.
  6. Merancang dan menyelaras aktiviti/ pengisian dan program-program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di “Centre of SURI Johor” sebagai sebuah “one stop centre”.
  7. Menyelaras dan memantau pengoperasian Rumah Pesona Johor (RPJ).

YPKDT Area
(10 Daerah)

Gambar Puan Nurhayati

PEGAWAI TADBIR DAERAH JOHOR BAHRU

WAN NUR HAYATI BINTI CHOLAN

Gambar Puan Aisyah

PEGAWAI TADBIR DAERAH MUAR

AISYAH IZZATY BINTI MOHD ISNIN

Gambar Puan Manisah

PEGAWAI TADBIR DAERAH BATU PAHAT

SITI MANISAH BINTI SIDEK

Gambar Puan Nuramila

PEGAWAI TADBIR DAERAH SEGAMAT

NURAMILA BINTI MOHD AMIL @ AMAN

PEGAWAI TADBIR DAERAH KLUANG

JURI AZZUWAN BIN KAMARUDDIN

PEGAWAI TADBIR DAERAH PONTIAN

NORHAFIZAH BINTI MOHD SALIMIN

PEGAWAI TADBIR DAERAH KOTA TINGGI

MOHD SHAIFUL HAFIZ BIN AMITI

PEGAWAI TADBIR DAERAH MERSING

WIRARINNATA BIN SADIKAN

PEGAWAI TADBIR DAERAH KULAI

GHAZALI BIN MOHD SEH

PEGAWAI TADBIR DAERAH TANGKAK

NORAISYAH BINTI MAULAN