Customer Service

Search

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor,

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada anda yang melayari Portal Rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.

Pengunjung yang saya hormati,

Secara dasarnya, portal ini merupakan wadah dalam berkongsi maklumat mengenai makluman, info, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh YPKDT. YPKDT merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1997. Tujuan YPKDT adalah untuk menggalakkan, membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentuk masyarakat yang harmoni, bahagia, sejahtera dan penyayang dengan mengukuh institusi keluarga, membawa wanita dalam arus pembangunan serta menangani masalah sosial. Sejak mula beroperasi, YPKDT bukan sahaja telah menambahbaik perkhidmatan malah turut melaksanakan pelbagai perubahan selaras dengan visi untuk menjadikan masyarakat di Negeri Johor terutama golongan rentan hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni.

YPKDT telah melaksanakan banyak pembangunan baharu dan transformasi dalam pelbagai segi antaranya penubuhan Portal rasmi baharu, pembangunan Rumah Pesona Johor (Pusat Perlindungan Wanita), pembangunan Jauhar Child Care Centre, program pembangunan usahawan serta revolusi ICT dalam perkhidmatan kepada pelanggan. Kini, YPKDT mengorak langkah untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh. Akhir kalam, saya yang telah diamanahkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT sentiasa berusaha untuk memastikan perancangan YPKDT akan berjalan dan dilaksanakan mengikut apa telah direncanakan.

Sokongan para pengunjung dan pelanggan amat saya hargai dan sanjungi. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melayari portal rasmi ini dan menjadi harapan saya agar portal rasmi ini dapat memberi panduan yang berguna kepada semua pengunjung memperolehi maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisyen. Kami akan sentiasa memastikan portal ini mengandungi maklumat terkini dan relevan yang dapat memenuhi keperluan dalam dunia moden ini yang dapat memberi input kepada pelanggan dan semoga ianya mendapat manfaat kepada semua.

Pihak YPKDT amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklum balas daripada semua pihak agar penambaikan perkhidmatan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.

Selamat melayari Portal Rasmi YPKDT.

Sekian, terima kasih.

NOOR FAEZAH BINTI MD ESA
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Accessibility Toolbar

en_GBEN