Customer Service

Search

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra didalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personal berlandaskan prinsip-prionsip perkhidmatan serta peraturan yang ditetapkan
  • Memberikan kursus dan latihan kepada semua kakitangan bagi meningkatkan profesionalisme sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

Seksyen Perhubungan Awam Dan Khidmat Pelanggan

• Memperakui penerimaan aduan (Surat Akuan Terima) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima.
• Menyelesaikan segala aduan pelanggan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja.
• Menyelaras penyediaan maklum balas isu menerusi media dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
• Memenuhi 80% tahap kepuasan pelanggan dengan membuat pengukuran melalui Kajian Kepuasan Pelanggan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

Seksyen Hal Ehwal Korporat

• Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan YPKDT.
• Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan YPKDT 1 kali setahun.
• Menyedia dan menerbitkan Buletin YPKDT 1 keluaran setahun.
• Memantau dan mengemaskinikan kandungan portal, laman sosial (Facebook Page, Instagram, Tiktok, Twitter, Youtube) YPKDT setiap hari waktu bekerja.
• Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima.
• Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan menyeluruh mengenai YPKDT.

  • Memastikan semua tuntutan yang lengkap dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menyediakan Anggaran Perbelanjaan Tahunan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pencapaian prestasi perbelanjaan mengurus dan tanggungan serta pembangunan pada puratanya melebihi paras 85% peruntukan tahunan yang diluluskan.
  • Menyelenggara dan menyelesaikan aduan berkaitan sistem maklumat dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Memberi perkhidmatan teknologi maklumat kepada YPKDT melalui kualiti perkhidmatan sokongan teknikal dan khidmat nasihat.
  • Memantau dan memastikan kontraktor penyelenggaraan menyelesaikan aduan-aduan masalah pengguna dengan segera dan cekap.
  • Berusaha memenuhi keperluan pembangunan sistem, aset ICT, rangkaian serta latihan ICT kepada kakitangan YPKDT.
  • Memastikan pelayan (server) beroperasi dan boleh dicapai sekurang-kurang 95% setahun dan memastikan keselamatan pusat data sentiasa terjamin sepanjang masa
  • Mengemaskini kandungan laman web jabatan dalam tempoh dua (2) hari waktu bekerja dari tarikh maklumat diterima.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan sepertimana peruntukan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  • Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan setiap suku tahun sepertimana peruntukan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  • Mendaftar, menyimpan, mengemaskini penggunaan dan menyelenggara aset alih kerajaan sepertimana peruntukan Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  • Memproses permohonan pelupusan dan hapuskira Aset Kerajaan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Permohonan lengkap bagi Pengecualian Dari Tatacara Perolehan Kerajaan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Penyediaan Jadual Harga Pembukaan Tender dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh tutup tender.
  • Pengeluaran Surat Keputusan Tender dalam tempoh tiga (3) hari bekerja kepada jabatan pelaksana dari tarikh Mesyuarat Lembaga Perolehan diadakan.
  • Pelawaan Tender Kontrak Pusat dilaksanakan dalam tempoh lima (5) bulan sebelum tempoh kontrak pusat tamat.

BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

  • Menyediakan Analisa dan laporan borang penilaian program YPKDT dalam tempoh 30 hari daripada tarikh borang diterima.
  • Memastikan laporan penilaian program dibentangkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 14 hari selepas laporan disiapkan.
  • Menerima kerjasama daripada kumpulan penyelidik untuk melaksanakan kajian.
  • Merancang dan membangunkan sekurang-kurangnya dua (2) program / projek dan menghasilkan dokumen perancangan Pembangunan pada setiap tahun berdasarkan peruntukan semasa.
  • Mengkaji semula dan mengemaskini Pelan / Dasar jabatan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) tahun.

1. Projek Sosial / keusahawanan :

a. Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) 

a) (i) Program Women’s Income Generating Skills Project (WINGS)

  • Memberikan Kursus Kemahiran Asas kepada wanita dan golongan sasar. 
  • Iklan Kursus Women’s Income Generating Skills Project – tempoh 14 hari.
  • Penilaian dan pemakluman bagi yang Berjaya – tempoh 7 hari bekerja.
  • Melaksanakan pemantauan bagi peserta Kursus Kemahiran Women’s Income Generating Skills Project (WINGS) selepas tiga (3) bulan menghadiri kursus.
  • Mengenalpasti usahawan berpotensi untuk diketengahkan.

b) (ii) Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP)

  • Memberikan bantuan peralatan perniagaan kepada golongan sasar yang memerlukan.
  • Memastikan proses permohonan bantuan peralatan diproses dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Iklan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan SKIPP – tempoh masa 14 hari dari Tarikh pembukaan iklan.
  • Siasatan permohonan di peringkat daerah – tempoh 30 hari berkerja dari Tarikh tutup iklan.
  • Penilaian di peringkat jawatankuasa daerah untuk dibawa ke Mesyuarat Pemilihan Peringkat Negeri – tempoh 7 hari bekerja.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Negeri – tempoh 14 hari bekerja.
  • Pemakluman status permohonan kepada pemohon – tempoh 14 hari bekerja.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal – tempoh 15 hari bekerja.
  • Proses perolehan peralatan – tempoh 30 hari bekerja.
  • Serahan bantuan peralatan – 60 hari bekerja.
  • Pemantauan selepas tiga (3) bulan dan enam (6) bulan penerimaan peralatan.
  • Menyediakan Latihan keusahawanan kepada Usahawan Suri.

c (iii) Kursus Inspirasi Usahawan Berfokus (KIUB)

  • Memberikan kursus lanjutan berkaitan pengurusan perniagaan bagi mempertingkatkan keupayaan usahawan agar lebih berjaya.
  • Kaedah permohonan KIUB : • Iklan Kursus Inspirasi Usahawan KIUB mengikut pengkhususan – tempoh 14 hari.
  • Penilaian dan pemakluman bagi yang Berjaya – tempoh 7 hari bekerja.
  • Mengembangkan potensi usahawan dengan menyalurkan maklumat dengan agensi-agensi lain yang berkaitan.
  • Jalinan hubungan strategik antara agensi dalam memperkukuhkan fungsi dan peranan jabatan.
  • Merancang dan menilai program / projek- projek khas sekali sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun.
  • Menyemak menilai modul-modul sedia ada setiap 2 tahun sekali.
  • Menilai, menguji, mengukur keupayaan modul yang dibangunkan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum digunapakai.
  • Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

4.0 UNIT KEKELUARGAAN

4.1 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sakinah dilaksanakan minima 25 kali sebulan oleh Penggerak Sakinah Darul Ta’zim di kawasan
4.2 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor dilaksanakan minima 20 kali sebulan oleh Penggerak Wanita Darul Ta’zim di kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN).
4.3 Memastikan Pengamalan Sakinah dilaksanakan minima 30 kali sebulan oleh Penggerak Hospital Darul Ta’zim di hospital yang telah ditetapkan.
4.4 Menerima permohonan kerjasama untuk melaksanakan program – program kekeluargaan daripada semua lapisan masyarakat.

5.0 UNIT WANITA & NGO

5.1 Memastikan pendaftaran ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang diterima akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
5.2 Menawarkan kursus kemahiran menjana pendapatan kepada ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang berdaftar berdasarkan peruntukan semasa.
5.3 Mengemaskini data ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah dalam Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART) sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
5.4 Memastikan pelbagai program dan aktiviti wanita dilaksanakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
5.5 Memastikan permohonan bantuan peralatan golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah diproses dalam tempoh 3 – 6 bulan.
5.6 Memastikan pelbagai pengisian dan aktiviti dilaksanakan di Pusat Jayadiri YPKDT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

6.0 UNIT PEMBANGUNAN MODUL

6.1 Mengkaji serta meneliti keberkesanan dan menambahbaik kaedah penyampaian Modul Keluarga Sakinah serta Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor mengikut keperluan semasa.

BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

7.0    UNIT DASAR DAN PENYELIDIKAN

7.1 Menyediakan laporan analisa borang penilaian program YPKDT dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh borang diterima.
7.2 Memastikan laporan penilaian program dibentangkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 14 hari selepas kajian disiapkan.
7.3 Menerima kerjasama daripada kumpulan penyelidik untuk melaksanakan kajian.
7.4 Membangunkan sekurang-kurangnya dua (2) projek sosial (Projek Pembangunan Komuniti) setahun berdasarkan peruntukan semasa.
7.5 Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
7.6 Melaksanakan pemantauan usahawan dalam tempoh enam (6) bulan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

8.0    UNIT KAUNSELING & MOTIVASI  

8.1 Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan rundingcara diproses dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima.
8.2 Memastikan khidmat kaunseling atau rundingcara diberi dalam tempoh 14 hari  dari tarikh permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.
8.3 Memastikan kualiti perkhidmatan kaunseling dan rundingcara pada tahap skor purata sekurang – kurangnya pada skala 3 daripada 5.
8.4 Melaksanakan sekurang – kurangnya 10 program motivasi di peringkat jabatan, institusi dan sekolah pada setiap tahun.
8.5 Memastikan maklum balas peserta pada tahap kepuasan program mencapai skor purata sekurang-kurangnya 70%. 

9.0    UNIT PEMBANGUNAN AWAL KANAK-KANAK DAN REMAJA

9.1 Memastikan khidmat asuhan kanak-kanak / bayi kepada kakitangan awam   bermula pada jam 7 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja (5 hari seminggu).
9.2 Mengadakan sesi perjumpaan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

10.0    UNIT PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

10.1 Memastikan pendaftaran pekerjaan OKU diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
10.2 Memastikan penempatan pekerjaan OKU yang berpotensi dibantu dalam tempoh 14 hari dari tarikh didaftarkan.
10.3 Melaksanakan pemantauan OKU yang telah ditempatkan bekerja dalam tempoh enam (6) bulan.
10.4 Melaksanakan empat (4) kursus kemahiran setahun kepada OKU di Negeri Johor berdasarkan peruntukan semasa.
10.5 Menyediakan khidmat Jurubahasa Isyarat profesional bagi memenuhi keperluan jabatan dalam mentransformasi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Accessibility Toolbar

en_GBEN