Customer Service

Search

UNIT AUDIT DALAM

UNIT AUDIT DALAM

MUHAMMAD NOOR SHAZMAN AFIFUDDIN BIN SAHLAN
KETUA UNIT AUDIT DALAM

  • Unit Audit Dalam (UAD) Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah ditubuhkan pada 28 November 2021 adalah selaras dengan kehendak PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR BIL.1 TAHUN 2003.

  • Unit Audit Dalam (UAD) merupakan sebahagian komponen dalaman organisasi yang menjalankan pengauditan secara professional dan bebas serta melaporkan hasil pengauditan kepada Ketua Jabatan bagi menambah nilai dan meningkatkan tadbir urus Jabatan.

 

UAD membantu pihak pengurusan jabatan YPKDT mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus dengan:

i. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan;

ii. Memastikan program/aktiviti/projek diurus secara cekap, berhemat dan berkesan;dan

iii. Memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif ke arah meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dan akauntibiliti YPKDT.

Menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.

Melaksanakan pengauditan secara professional dan bebas serta mengemukakan laporan pengauditan yang objektif kepada Ketua Jabatan bagi meningkatkan tadbir urus Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.

PERANAN / FUNGSI

i. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan;

ii. Memastikan program/aktiviti/projek diurus secara cekap, berhemat dan berkesan;dan

iii. Memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif ke arah meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dan akauntibiliti YPKDT.

iv. Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan Akta,Pekeliling, Peraturan dan Undang-Undang kecil yang telah ditetapkan.

v. Melaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif hasil pengauditan dan memastikan Auditi mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan; vi. Urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Audit YPKDT.

vii. Memberikan serta membentangkan laporan pada setiap suku tahun dengan syor-syor yang bertujuan untuk membaiki dan meningkatkan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan hal-hal berkaitan amalan tadbir urus melalui aktiviti audit yang dijalankan.

viii. Menghasilkan laporan tahunan audit dalam yang berkualiti, tepat, jelas dan mudah difahami.

PIAGAM PELANGGAN

i. Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan Akta,Pekeliling, Peraturan dan Undang-Undang kecil yang telah ditetapkan.

ii. Mengeluarkan laporan atau pemerhatian pengauditan pengurusan kewangan dan akauntabilit dalam tempoh 35 hari bekerja selepas pengauditan selesai dilaksanakan;

iii. Memastikan pengauditan yang dilaksanakan mencapai 80% daripada rancangan audit tahunan yang diluluskan;

iv. Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan sebelum 31 Januari setiap tahun semasa; dan

v. Mengemukakan Laporan Tahunan sebelum 31 Mac setiap tahun berikutnya

Accessibility Toolbar

en_GBEN