MS | EN
 
 

PERKHIDMATAN

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim

Pelbagai perkhidmatan untuk pembangunan keluarga khas untuk rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim

PROGRAM & INISIATIF

Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Ta'zim

PAUTAN PANTAS

USAHAWAN

Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR) merupakan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh YPKDT meliputi kursus kemahiran asas, bantuan peralatan perniagaan dan kursus pengurusan perniagaan.

Sasaran peserta bagi program pembangunan usahawan terdiri daripada Ibu Tunggal, Wanita B40, Belia B40 dan OKU.

YPKDT menyediakan dua (2) jenis kursus melibatkan pembangunan usahawan iaitu :

1. Kursus Kemahiran Asas 

Merupakan kursus jangka pendek yang disediakan merangkumi kursus asas masakan, bakeri, pastri dan lain – lain mengikut trend semasa di daerah tersebu

2. Kursus Pengurusan Perniagaan

Merupakan kursus pengurusan perniagaan yang dilaksanakan khusus kepada usahawan yang menerima bantuan peralatan perniagaan di bawah YPKDT. Kursus ini juga terbuka kepada usahawan luar yang ingin mengikuti kursus yang dianjurkan oleh YPKDT.

Pemohon boleh memohon bantuan permulaan perniagaan yang dilaksanakan di bawah Program Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar (PINTAR). Bantuan permulaan perniagaan boleh dimohon melalui YPKDT Daerah yang berhampiran.

Latihan keusahawanan merangkumi 2 jenis kursus yang disediakan oleh YPKDT. Antara jenis kursus yang disediakan ialah Kursus Kemahiran Asas dan Kursus Pengurusan Perniagaan.

Bazar Suri @ Johor merupakan salah satu platform yang disediakan oleh YPKDT dalam membantu para usahawan dalam mempromosikan produk mereka secara fizikal melalui program atau karnival yang dianjurkan oleh YPKDT atau jemputan daripada agensi luar.

Sila klik butang ini untuk dibawa ke halaman muat turun:

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sedang membuka pendaftaran ibu tunggal untuk tujuan bancian data ibu tunggal Negeri Johor.

Kenapa penting daftar?
👉 Supaya ibu tunggal di Johor tak terlepas daripada pelbagai inisiatif, bantuan & program sokongan daripada kerajaan negeri.
📅 Tempoh daftar: 4 – 19 September 2025
📌 Terbuka kepada semua kategori ibu tunggal yang dinyatakan melalui borang pendaftaran pada link di bawah:
https://tinyurl.com/DAFTARIBUTUNGGAL

Jangan lepaskan peluang ini ya!
Maklumat peribadi anda adalah rahsia kami.

Sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat YPKDT
Tel Pejabat (HQ) : 07-2666526 / 07-2666542
atau klik link di bawah bagi talian pejabat YPKDT daerah.
https://ypkdt.gov.my/hubungi-kami/

Atau imbas kod QR untuk mengisi maklumat dengan lebih mudah:

QR_bancian_ibutunggal

Accessibility

📢 Inisiatif Tambahan di bawah Portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor melalui YPKDT

Terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor atas pengumuman dua (2) inisiatif tambahan berjumlah RM5.525 juta di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor melalui YPKDT semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-15 pada 11 September 2025.

Inisiatif ini bakal memberi manfaat secara langsung kepada golongan ibu tunggal serta Usahawan Suri Johor melalui bantuan kewangan dan peluang meningkatkan ekonomi keluarga.

Dua (2) Inisiatif tambahan:

  • 1️⃣ RM525 ribu – Skim Peralatan Perniagaan (SKIPP)
  • 2️⃣ RM5 juta – Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor (i-Pesona)

#BersamaYPKDT #MengukuhInstitusiKeluarga #MembawaWanitaDalamArusPembangunan
#MenanganiMasalahSosial #MajuJohor #WanitaJohor

Powered by
notis pemberitahuan