Berdasarkan statistik oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), PDRM bagi tahun 2014 hingga 2018, sebanyak 577 kes pembuangan bayi telah direkodkan. Daripada jumlah itu, sebanyak 103 kes buang bayi atau janin berlaku pada tahun 2014, 111 kes (2015), 115 kes (2016), 120 kes (2017) dan 128 kes (2018). Berdasarkan statistik tersebut, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 135 kes dalam tempoh lima tahun itu diikuti Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes).

Sejak Januari hingga Mei 2019, sejumlah 65 kes pembuangan bayi direkodkan dengan Johor mencatatkan kes tertinggi iaitu 13 kes, Selangor (11) dan Kuala Lumpur (7).

Sehubungan itu, untuk memastikan kesejahteraan keluarga dan masyarakat terjamin, YPKDT telah mengambil langkah melaksanakan program ini sebagai langkah pencegahan dan kesedaran terhadap golongan sasar. 

OBJEKTIF

  • Mendedahkan kepada peserta tentang pelbagai masalah sosial, punca dan kesannya yang melibatkan golongan belia.
  • Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan menjaga diri, rakan dan keluarga serta menjauhi dari pelbagai masalah sosial terutama gejala zina dan kehamilan luar nikah yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi.
  • Mewujudkan kelompok prihatin sebagai support group yang boleh membantu dalam menangani masalah sosial terutama berkaitan kehamilan luar nikah, gejala zina dan pembuangan bayi.

SASARAN DAN IMPAK

  • Program ini disasarkan kepada sekurang-kurangnya 1000 belia, remaja lepasan sekolah, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat awam di seluruh Negeri Johor.
  • Program ini diharapkan dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta dan masyarakat awam tentang pelbagai masalah sosial melibatkan belia terutama pendidikan kesihatan reproduktif, gejala zina dan kehamilan luar nikah agar dapat membantu menangani kes-kes pembuangan bayi dikalangan belia.
  • Program ini juga diharapkan dapat membentuk kumpulan sokongan yang akan bersama membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja tertuama yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi di kalangan belia.

KAEDAH / STRATEGI PELAKSANAAN

  • Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2020.            
  • Program akan dilaksanakan melalui pendekatan ceramah interaktif  atau forum serta pelbagai aktiviti yang berkaitan seperti pemeriksaan kesihatan dan kempen.
Skip to content