Kerajaan Negeri Johor sangat komited dalam merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan  Bil 3 tahun 2008 iaitu  pelaksanaan dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Ini diperkukuhkan melalui  Pembentangan  Bajet 2011 oleh Y.A.B Menteri Besar Johor  di bawah inisiatif : Membangunkan Sosioekonomi Secara Inklusif, golongan OKU diharap turut sama diberi peluang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Sehingga Disember 2017, Sejumlah 3906 orang OKU berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor tergolong dalam masalah pendengaran. Manakala seramai 299 orang OKU pendengaran telah berdaftar di  Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT). Oleh yang demikian, kekangan komunikasi akan menyukarkan golongan ini untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada semua golongan tersebut.

Selain daripada itu, kursus ini diperluaskan kepada majikan yang telah mengambil pekerja OKU bagi memudahkan komunikasi di antara majikan dan pekerja OKU itu sendiri. Kemahiran ini juga turut diberikan kepada masyarakat awam dalam membentuk masyarakat  yang lebih mesra OKU apabila berurusan dengan komuniti pekak agar golongan ini mendapat lebih manfaat daripada perkhidmatan yang diberikan.

Dalam usaha menjayakan agenda Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022 kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memastikan OKU mendapat hak yang sama rata dan “Leave No One Behind” bagi pembangunan dan pemerkasaan dalam semua aspek melalui sokongan padu daripada pihak majikan dan masyarakat.

OBJEKTIF 

  • Mewujudkan perkhidmatan mesra OKU di kalangan majikan yang telah mengambil pekerja OKU dan masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab terhadap OKU.
  • Memberi kesedaran kepada peserta termasuk masyarakat awam agar dapat memahami dan mengaplikasi penggunaan bahasa isyarat untuk memenuhi keperluan komunikasi dengan lebih baik dan berkesan.
  • Meningkatkan bilangan majikan dan masyarakat awam yang mahir menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) apabila berurusan dengan OKU kategori Pekak.
  • Memberi maklumat kepada peserta berkenaan keperluan- keperluan OKU ditempat kerja dan persekitaran awam.
  • Memberi pendedahan asas, minat dan keyakinan kepada peserta untuk mendalami Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
Skip to content