Program ini merupakan salah satu inisiatif YPKDT bagi menyampaikan Modul Keluarga Sakinah, tazkirah umum, dan motivasi kepada masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia akibat pandemik Covic-19 yang melanda negara. Program ini dilaksanakan secara rakaman dan akan dimuatnaik secara atas talian khususnya di laman sosial rasmi YPKDT iaitu Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. 

OBJEKTIF

  • Menyebarluaskan peranan YPKDT dan pengisian Modul Keluarga Sakinah (MKS) kepada masyarakat.
  • Menyampaikan tazkirah umum dan yang berkaitan bulan-bulan penting dalam Islam seperti Ramadhan dan Syawal.
  • Memberi motivasi serta panduan keibubapaan kepada masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

KAEDAH PELAKSANAAN 

  • Program ini dilaksanaan secara rakaman, editing dan seterusnya akan ditayangkan di atas talian terutama halaman sosial rasmi YPKDT di facebook.
  • Tempoh pelaksanaan adalah bermula April 2020 hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Skip to content