Anugerah Penyayang Johor merupakan satu pengiktirafan, penghargaan dan lambang kepada khidmat bakti cemerlang, ikhlas dan berterusan dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang ditunjukkan dan dicurahkan sama ada oleh tokoh individu ataupun organisasi.

Anugerah ini dikurniakan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai menunjukkan keprihatinan dalam usaha-usaha kesukarelaan dan kemasyarakatan serta menggalakkan semua pihak di Negeri Johor untuk meneruskan usaha murni tersebut.

Kerajaan Negeri Johor telah menjadikan Anugerah Penyayang sebagai anugerah Dwi Tahunan. Mula diperkenalkan pada tahun 2002 yang dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Johor dan sehingga kini Anugerah Penyayang Johor telah di adakan pada tahun 2002, 2006 (di peringkat daerah sahaja), 2009, 2011 & 2014.

OBJEKTIF 

  • Mempromosikan konsep tanggungjawab sosial dengan memberi penekanan kepada individu yang telah menunjukkan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kerja-kerja kebajikan seperti nilai kasih sayang, pengorbanan (pemikiran, tenaga dan harta), ikhlas, pemurah dan sebagainya.
  • Mempromosikan konsep tanggungjawab sosial dengan memberi penekanan kepada organisasi (swasta dan NGO) yang telah memberikan sumbangan yang berterusan dalam usaha atau kerja-kerja kebajikan  sama ada dalam bentuk  pemikiran, tenaga atau harta.
  • Mempromosikan konsep tanggungjawab sosial dengan memberi penekanan kepada golongan pelajar yang telah menunjukkan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kerja-kerja kebajikan samada di peringkat sekolah mahu pun dengan masyarakat luar seperti nilai kasih sayang, pengorbanan, ikhlas, pemurah dan sebagainya.
  • Memberi kesedaran atau mempengaruhi masyarakat (individu atau organisasi) bahawa terdapat banyak usaha-usaha kebajikan dan kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan secara berterusan dan ikhlas bagi kesejahteraan masyarakat itu sendiri.
  • Mendidik dan memberi motivasi kepada masyarakat untuk bertindak sendiri di dalam memberi sumbangan, bantuan dan perkhidmatan kemasyarakatan. Ini sejajar dengan kempen kerajaan Malaysia di dalam misi wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat penyayang seiring menuju arus perdana.
  • Mengiktiraf / menghargai sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh individu (dewasa atau muda) dan organisasi (sama ada sektor swasta atau NGO)
  • Menggalakkan individu, organisasi, pertubuhan, syarikat bagi bersaing memberikan khidmat dan sumbangan bakti mereka dalam kerja-kerja

KATEGORI ANUGERAH

Kategori Anugerah Penyayang Johor adalah seperti berikut :-

1.Anugerah Tokoh Penyayang

  • Tokoh Penyayang (Kategori Melayu)
  • Tokoh Penyayang (Kategori Cina)
  • Tokoh Penyayang (Kategori India)
  • Tokoh Penyayang (Kategori Orang Asli)

2.Anugerah Organisasi Penyayang ( Swasta )

3.Anugerah Organisasi Penyayang (Badan-badan Sukarela / NGO )

4.Anugerah Tunas Penyayang (Pelajar Sekolah Menengah – Lelaki )

5.Anugerah Tunas Penyayang (Pelajar Sekolah Menengah – Perempuan )

* Anugerah Khas : Anugerah Bagi Ketegori Orang Kurang Upaya.

Skip to content