Program Minda Insan ini diadakan di atas kesedaran kerajaan negeri di dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat selaras dengan harapan dan visi kerajaan masa kini yang memberi focus kepada golongan B40. Program ini bertujuan bagi mengurangkan pergantungan golongan miskin kepada bantuan kerajaan semata-mata serta meningkatkan taraf hidup mereka.

Keperluan program pembangunan jatidiri ini terutamanya anak-anak keluarga yang tergolong dalam sistem e-KASIH dirasakan perlu memandangkan situasi cabaran era globalisasi yang begitu pesat selaras dengan usaha mempertingkat daya saing yang tinggi dikalangan masyarakat.

YPKDT merangka program ini dengan menggunakan kaedah “action-oriented”. Ia dilakukan menerusi pembentukan jatidiri di samping berinovasi mencari peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga di masa akan datang.

OBJEKTIF

  • Menyedarkan peserta program tentang peranan serta tanggungjawab mereka dalam meningkatkan ekonomi keluarga tanpa mengharapkan bantuan pihak lain.
  • Memberi kesedaran tentang potensi diri yang perlu digilap dalam menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk terus berjaya dalam kehidupan mereka.
  • Memupuk nilai daya saing yang tinggi dikalangan peserta program dalam memperbaiki dan mengukuhkan ekonomi keluarga selain bermotivasi tinggi dalam mengharungi kehidupan.
Skip to content