Kami warga kerja YPKDT berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

1.0    UNIT PENTADBIRAN DAN PERHUBUNGAN AWAM

1.1 Memberi perkhidmatan profesional dan layanan mesra kepada semua pelanggan.

1.2 Memberi informasi dan menyediakan perkhidmatan hebahan mengenai YPKDT yang diperlukan oleh pihak berkenaan.

1.3 Memberikan maklumbalas kepada aduan dan pertanyaan orang awam dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja dan tindakan kepada aduan adalah dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

1.4 Memberikan kursus dan latihan kepada semua kakitangan bagi meningkatkan profesionalisme sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

2.0    UNIT KEWANGAN DAN ASET

2.1 Memastikan semua tuntutan yang lengkap dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.

3.0    UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

3.1 Menyelenggara dan menyelesaikan aduan sistem atas talian dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari tarikh aduan diterima.

3.2 Mengemaskini kandungan laman web jabatan dalam tempoh dua (2) hari waktu bekerja dari  tarikh maklumat diterima.

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA

4.0    UNIT KEKELUARGAAN

4.1 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sakinah dilaksanakan minima 25 kali sebulan oleh Penggerak Sakinah Darul Ta’zim di kawasan

4.2 Memastikan ceramah dan aktiviti Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor dilaksanakan minima 20 kali sebulan oleh Penggerak Wanita Darul Ta’zim di kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN).

4.3 Memastikan Pengamalan Sakinah dilaksanakan minima 30 kali sebulan oleh Penggerak Hospital Darul Ta’zim di hospital yang telah ditetapkan.

4.4 Menerima permohonan kerjasama untuk melaksanakan program – program kekeluargaan daripada semua lapisan masyarakat.

5.0    UNIT WANITA & NGO

5.1 Memastikan pendaftaran ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang diterima akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

5.2 Menawarkan kursus kemahiran menjana pendapatan kepada ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang berdaftar berdasarkan peruntukan semasa. 

5.3 Mengemaskini data ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah dalam Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART) sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

5.4 Memastikan pelbagai program dan aktiviti wanita dilaksanakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. 

5.5 Memastikan permohonan bantuan peralatan golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah diproses dalam tempoh 3 – 6 bulan. 

5.6 Memastikan pelbagai pengisian dan aktiviti dilaksanakan di Pusat Jayadiri YPKDT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. 

6.0    UNIT PEMBANGUNAN MODUL

6.1 Mengkaji serta meneliti keberkesanan dan menambahbaik kaedah penyampaian Modul Keluarga Sakinah serta Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor mengikut keperluan semasa. 

 

BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

7.0    UNIT DASAR DAN PENYELIDIKAN

7.1 Menyediakan laporan analisa borang penilaian program YPKDT dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh borang diterima.

7.2 Memastikan laporan penilaian program dibentangkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 14 hari selepas kajian disiapkan.

7.3 Menerima kerjasama daripada kumpulan penyelidik untuk melaksanakan kajian.

7.4 Membangunkan sekurang-kurangnya dua (2) projek sosial (Projek Pembangunan Komuniti) setahun berdasarkan peruntukan semasa.

7.5 Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

7.6 Melaksanakan pemantauan usahawan dalam tempoh enam (6) bulan.

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

8.0    UNIT KAUNSELING & MOTIVASI  

8.1 Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan rundingcara diproses dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima.

8.2 Memastikan khidmat kaunseling atau rundingcara diberi dalam tempoh 14 hari  dari tarikh permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.

8.3 Memastikan kualiti perkhidmatan kaunseling dan rundingcara pada tahap skor purata sekurang – kurangnya pada skala 3 daripada 5.

8.4 Melaksanakan sekurang – kurangnya 10 program motivasi di peringkat jabatan, institusi dan sekolah pada setiap tahun.

8.5 Memastikan maklum balas peserta pada tahap kepuasan program mencapai skor purata sekurang-kurangnya 70%. 

9.0    UNIT PEMBANGUNAN AWAL KANAK-KANAK DAN REMAJA

9.1 Memastikan khidmat asuhan kanak-kanak / bayi kepada kakitangan awam   bermula pada jam 7 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja (5 hari seminggu).

9.2 Mengadakan sesi perjumpaan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

10.0    UNIT PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

10.1 Memastikan pendaftaran pekerjaan OKU diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

10.2 Memastikan penempatan pekerjaan OKU yang berpotensi dibantu dalam tempoh 14 hari dari tarikh didaftarkan.

10.3 Melaksanakan pemantauan OKU yang telah ditempatkan bekerja dalam tempoh enam (6) bulan.

10.4 Melaksanakan empat (4) kursus kemahiran setahun kepada OKU di Negeri Johor berdasarkan peruntukan semasa.

10.5 Menyediakan khidmat Jurubahasa Isyarat profesional bagi memenuhi keperluan jabatan dalam mentransformasi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Skip to content