Anugerah Keluarga Bahagia adalah merupakan program kemuncak untuk Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi Peringkat Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor juga telah menjadikan Anugerah Keluarga Bahagia sebagai anugerah Dwi Tahunan. Mula diperkenalkan pada tahun 2001 dan sehingga kini Anugerah Keluarga Bahagia telah di adakan pada tahun 2003, 2005, 2008, 2010 dan 2013.

OBJEKTIF 

  • Bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada keluarga-keluarga yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kehidupan yang dibina benar-benar bahagia dan semua ahli keluarga dapat menikmati hidup dengan sempurna.
  • Sebagai “role model” kepada keluarga-keluarga lain di Negeri Johor.
  • Mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang positif seperti kasih sayang, saling hormat menghormati, perhubungan intim antara generasi dan “bonding” diwujudkan antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, ahli-ahli keluarga dan saudara-mara, jiran serta masyarakat.

DEFINISI KELUARGA BAHAGIA 

Keluarga pada asasnya terdiri daripada suami, isteri yang juga berfungsi sebagai ibu bapa di samping anak-anak. Kebahagiaan sebuah keluarga dalam banyak hal bergantung kepada hubungan yang erat dan mesra antara ahli-ahli keluarga berdasarkan peranan, hak dan tanggungjawab masing-masing. Keluarga yang kukuh dan sejahtera akan menjamin kebahagiaan masa depan anggota-anggotanya.

Ciri-ciri asas keluarga bahagia

  • Hubungan suami isteri yang mesra dan penuh kasih sayang.
  • Keluarga yang bertaqwa kepada Allah atau mematuhi pegangannya.
  • Keluarga yang berdisiplin.
  • Hubungan di antara ahli keluarga yang erat, mesra, sihat dan penuh kasih sayang.
  • Keluarga yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
  • Ahli-ahli keluarga yang mempunyai peranan yang jelas.
  • Ahli-ahli keluarga yang memenuhi tanggungjawab dan tugas-tugas mereka.
  • Keluarga yang memberi manfaat kepada jiran dan masyarakat.
  • Keluarga yang dapat mengamalkan teknik-teknik perhubungan dan pengurusan sumber yang baik.

KATEGORI ANUGERAH KELUARGA BAHAGIA

Peringkat Negeri :- 

  • Anugerah Keluarga Bahagia (Melayu)
  • Anugerah Keluarga Bahagia (Cina)
  • Anugerah  Keluarga Bahagia (India)
  • Anugerah  Keluarga Bahagia (Orang Asli)

Peringkat Daerah :- 

Sebanyak 4 buah keluarga (Melayu, Cina, India dan Orang Asli akan mewakili setiap daerah)

  • Anugerah Keluarga Bahagia (Melayu)          – 10 daerah
  • Anugerah Keluarga Bahagia (Cina)               – 10 daerah
  • Anugerah Keluarga Bahagia (India)              – 10 daerah
  • Anugerah Keluarga Bahagia (Orang Asli)     – 10 daerah

Jumlah keseluruhan seramai 40 buah keluarga di peringkat daerah.

Skip to content