Karnival Wanita Negeri Johor (KAWA) dilaksanakan sempena menyambut Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang disambut pada   25 Ogos setiap tahun. Negeri Johor juga tidak ketinggalan dalam menghargai golongan wanita ini., maka Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor mula disambut bermula pada tahun 1996.

Karnival Wanita ini telah menjadi program tahunan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim yang dilaksanakan dengan pelbagai pengisian menarik bagi memperkasa peranan wanita dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim memainkan peranan penting dalam pembangunan wanita Negeri Johor. Justeru, usaha pengiktirafan kaum wanita di Negeri Johor tetap menjadi agenda penting dan diterjemahkan dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti wanita seperti Karnival Wanita Anggun Bestari (2003 hingga 2005), Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor, Seminar Keselamatan Wanita dan Kanak-Kanak, Program Stop It, Survive (S.I.S) 2019 dan sebagainya.

Pada Tahun 2017, Karnival Wanita Negeri Johor memberi pengiktirafan kepada Tokoh-tokoh Wanita Negeri Johor dari pelbagai bidang seperti Bidang Pengurusan, Keusahawanan, Seni dan Budaya,  Pendidikan, Sosial dan Kemasyarakatan, Sukan dan Orang Kurang Upaya. Anugerah ini juga diberikan kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengenal kaum dan budaya.

Manakala pada edisi Karnival Wanita (KAWA) 2018 dan 2019, YPKDT memberi fokus kepada peranan dan tanggungjawab wanita itu sendiri sebagai pendukung institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Justeru KAWA 2020, YPKDT sekali lagi akan mengiktiraf golongan wanita Negeri Johor dengan majlis penyampaian IKONITA Johor 2020 yang akan  menjadi agenda kemuncak bagi Karnival Wanita Negeri Johor (KAWA) 2020 ini.

OBJEKTIF

  • Meraikan dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan wanita Negeri Johor dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, pendidikan, kesukanan, kebudayaan dan lain-lain lagi.
  • Mempromosi fungsi YPKDT kepada masyarakat umum selain membina kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), usahawan wanita dan lain-lain pertubuhan dalam memperkasa peranan wanita Negeri Johor.
  • Memperkenal, mempromosi dan memperluas jaringan perniagaan dan keusahawanan dikalangan usahawan wanita Negeri Johor dalam mengetengahkan hasil produk IKS mereka sama ada di pasaran tempatan mahupun sebaliknya.     
                     
  • Memperkasa peranan dan fungsi wanita dalam sesebuah institusi keluarga dan ahli masyarakat sekaligus membawa wanita Negeri Johor dalam arus pembangunan negara selaras dengan objektif penubuhan YPKDT itu sendiri.

SASARAN DAN IMPAK       

  • Karnival ini mensasarkan penyertaan kepada masyarakat umum dari pelbagai lapisan masyarakat seperti golongan wanita, kanak-kanak, remaja, belia tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Karnival ini juga mensasarkan kepada golongan usahawan wanita dan ibu tunggal khususnya yang berpendapatan rendah serta usahawan-usahawan belia dalam memperluaskan jaringan perniagaan. Peserta-peserta usahawan ini adalah terdiri daripada Usahawan Suri YPKDT dan lain-lain usahawan di bawah portfolio Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor serta usahawan di bawah persatuan food truck dan lain-lain lagi.
  • Karnival ini juga akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan, kelab, persatuan, institusi-institusi tinggi dan sebagainy
Skip to content