Kerajaan sedia maklum kepentingan kaunseling dalam kehidupan individu. Bermula pada 2012, Unit Kaunseling & Motivasi YPKDT mula mengorak langkah dengan mempromosikan perkhidmatan kaunseling melalui seminar dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi. Antara seminar yang telah dianjurkan adalah :

  • Seminar Kaunseling Keluarga Negeri Johor 2012 (27 Mac 2012) di Dewan MPC Bandar Baru Uda.
  • Seminar Kaunseling Negeri Johor 2013 (10 September 2013) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.
  • Seminar Remaja Unggul 2014 (5 Mei 2014) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat.
  • Konvensyen Fenomena Psikologi Dan Kaunseling Tahun 2014 (20 & 21 Mei 2014) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.
  • Seminar MOVE 2015 (25 & 26 Ogos 2015) di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.
  • Seminar MOVE 2016 (10 & 11 Mei 2016) di Pusat Islam Iskandar Malaysia
  • Seminar I-MOVE 2017 (25 & 26 April 2017) di Pinewood Iskandar Malaysia Studios
  • Seminar MOVE 2018 (22 & 23 Oktober 2018) di Indoor Arena Kompleks Sukan Educity
  • Seminar MOVE 2019 (29 & 30 Oktober 2019) di Pusat Islam Iskandar Johor

Seminar MOVE diadaptasikan dari singkatan (M=Motivation, O=Optimism, V=Vision dan E=Enhancement). Bersempena sambutan Hari Psikologi & Kaunseling Negeri Johor 2020, YPKDT dan BPSM SUKJ akan bekerjasama menganjurkan Seminar MOVE 2020. Pada tahun ni, seminar ini memberi focus kepada aspek kesihatan psikologi dan fisiologi dengan bertemakan “Nurturing Happiness”.

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan secara psikologi dan fisiologi dalam membentuk individu cemerlang ke arah mencapai kesejahteraan psikologi (psychological well-being)
  • Memberi pendedahan tentang permasalahan dan faktor yang menyumbang kepada masalah mental dan kesihatan
  • Melahirkan masyarakat yang menghargai kesihatan sebagai satu aset yang bernilai serta mengambil tindakan positif dalam memperolehi kualiti kehidupan yang lebih baik secara holistik.
Skip to content