BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK & REMAJA
BAHAGIAN DASAR & PENYELIDIKAN

A.UNIT PENTADBIRAN

  1. Urusan menguruskan surat / dokumen terima, menaip surat-surat / minit mesyuarat / kertas kerja, dokumen jabatan dan lain-lain.
  2. Urusan menyimpan / mengemaskini fail-fail sulit.
  3. Urusan mengurus kehadiran kakitangan.
  4. Urusan mengendalikan Sistem HRMIS jabatan.
  5. Urusan menguruskan perjawatan kakitangan.
  6. Urusan Penilaian Prestasi bagi pergerakan gaji kakitangan dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
  7. Urusan Penyediaan Kertas-Kertas Kerja / Cadangan / Laporan / Makluman / Ketetapan Beredar Kepada Lembaga Pengarah / Jawatankuasa / MMK.

B.UNIT KEWANGAN DAN ASET

  • Hasil
  1. Urusan menguruskan terimaan hasil.
  2. Urusan mengurus aliran tunai.
  • Akaun Dan Pembayaran
  1. Urusan mengurus permohonan perbelanjaan.
  2. Urusan mengurus tuntutan bayaran.
  3. Urusan menyelenggara rekod dan laporan kewangan.
  4. Urusan mengurus penyediaan bajet tahunan.
  5. Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan.
  • Pengurusan Aset Dan Stor
  1. Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat dengan lebih tersusun dan sistematik.
  2. Urusan mengawal stok, alat tulis pejabat / komputer dan menguruskan pembelian peralatan / aset pejabat.

C.UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  1. Urusan dalam memberi publisiti / promosi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
  2. Urusan pelaksanaan Program Pengiktirafan.
  3. Urusan mempromosi dan memasarkan produk ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah.
  4. Urusan menjana pendapatan jabatan.
  5. Urusan mempromosi tenaga kerja dari jabatan (PLP)
  6. Urusan mengendalikan KPI jabatan

D.UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Urusan Pembangunan Sistem Pengkomputeran / Pengkalan Data.
  2. Urusan Pembangunan Laman Web.
  3. Urusan Perolehan, penyelenggaraan, pelupusan peralatan Komputer.
  4. Urusan Perlaksanaan Kursus Komputer kepada kakitangan jabatan.

E. UNIT AUDIT DALAM

  1. Membantu Ketua Jabatan dalam urusan perancangan, pengawalan dan pembahagian tugas kakitangan.
  2. Memastikan pelaksanaan tatacara kewangan adalah selaras dengan piawaian prinsip-prinsip perakaunan yang telah ditetapkan. 
  3. Membantu pentadbiran dalam urusan yang berkaitan dengan peraturan am pentadbiran dan pengurusan kewangan YPKDT.
  4. Mengaudit dan mengawasi setiap bahagian dan unit untuk mematuhi segala proses kerja dan SOP yang telah ditetapkan.
  5. Menyediakan laporan audit yang berkualiti dan membuat syor-syor audit sebagaimana keperluan indeks pengauditan dan akauntabiliti serta memastikan prestasi pengurusan jabatan berada pada tahap cemerlang. 
  6. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari semasa ke semasa.

A.UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA 

  1. Urusan merancang dan melaksanakan program-program Modul Keluarga Sakinah dan Modul Keluarga Sejahtera.
  2. Urusan memantau perlaksanaan / penyampaian Ceramah Modul Keluarga Sakinah dan Modul Keluarga Sejahtera.
  3. Urusan melaksanakan Program-Program Jemputan berkaitan kekeluargaan.
  4. Urusan menyelaras Sistem Penyediaan Laporan dan Analisa Bersepadu (SPLAB).
  5. Urusan menyediakan pelbagai kemudahan, tempat rujuk bantu dan peluang bagi mengurangkan gejala sosial.

B.UNIT PEMBANGUNAN MODUL

  1. Urusan membangunkan modul-modul latihan untuk kegunaan anggota Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dan masyarakat umum.
  2. Urusan menyelaras kursus-kursus dan latihan kepada Pegawai-Pegawai YPKDT Parlimen, Hospital dan Wanita.
  3. Urusan menyelaras, mengemaskini dan menambahbaik modul-modul yang telah dibangunkan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
  4. Menyelaras pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan.

C.UNIT PEMBANGUNAN WANITA

  1. Urusan menjalankan tugas-tugas urusetia bengkel, seminar dan kursus yang berkaitan dengan wanita dan NGO di peringkat Negeri dan Daerah.
  2. Urusan menyelaras aktiviti / program Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Wanita (HELWA) Daerah.
  3. Urusan menyelaras Sistem Maklumat Ibu Tunggal (SMIT)
  4. Urusan menyelaras kursus-kursus kemahiran Ibu Tunggal dan pelbagai program wanita.
  5. Urusan mengurus Pusat Jayadiri bagi kegiatan wanita.
  6. Urusan permohonan bantuan kepada golongan sasar.
  7. Urusan penilaian (Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Bantuan)
  8. Urusan pembelian dan penyerahan peralatan

PEJABAT YPKDT DAERAH

Melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang oleh Unit-Unit di ibu pejabat; 

  1. PEJABAT YPKDT DAERAH JOHOR BAHRU
  2. PEJABAT YPKDT DAERAH MUAR
  3. PEJABAT YPKDT DAERAH BATU PAHAT
  4. PEJABAT YPKDT DAERAH SEGAMAT
  5. PEJABAT YPKDT DAERAH KLUANG
  6. PEJABAT YPKDT DAERAH KOTA TINGGI
  7. PEJABAT YPKDT DAERAH PONTIAN
  8. PEJABAT YPKDT DAERAH MERSING
  9. PEJABAT YPKDT DAERAH KULAI
  10. PEJABAT YPKDT DAERAH TANGKAK

Menjalankan urusan sebagaimana fungsi induk.

A.UNIT PEMBANGUNAN AWAL KANAK-KANAK & REMAJA 

  1. Urusan Operasi dan penyelenggaraan Bilik penyusuan Bayi
  2. Urusan operasi TASKA.
  3. Urusan penyelenggaraan bangunan TASKA.

B.UNIT KAUNSELING & MOTIVASI

  1. Urusan memberi perkhidmatan kaunseling & rundingcara kepada klien secara percuma.
  2. Urusan memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu / keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

C.UNIT PEMBANGUNAN OKU

  1. Urusan mengumpulkan data dan maklumat berkaitan OKU
    secara menyeluruh.
  2. Urusan mencari syarikat atau majikan yang berpotensi untuk menawarkan pekerjaan kepada OKU.
  3. Urusan menganalisis pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada OKU, memberikan latihan kepada OKU yang telah
    ditempatkan di tempat pekerjaan dan membuat
    pemantauan
  4. Urusan membina hubungan baik dengan agensi-agensi awam mahupun badan-badan kebajikan.
  5. Memberikan latihan kepada OKU yang telah ditempatkan bekerja.
  6. Urusan mewujudkan usahawan dikalangan OKU untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi.
  7. Memastikan penjawat awam mendapat kesedaran kepentingan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia bagi mewujudkan perkhidmatan Mesra OKU di negeri Johor.

A.UNIT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN 

  1. Merancang dan melaksanakan projek-projek penyelidikan serta pembangunan aspek-aspek tertentu dalam bidang-bidang pembangunan keluarga, wanita dan menangani masalah sosial.
  2. Mengumpul dan menyediakan maklumat / data, bahan-bahan rujukan dalam usaha membentuk dasar-dasar yang berhubungkait dengan pembangunan komuniti.
  3. Merancang dan mengendalikan persidangan, seminar, simposium, dialog, bengkel, juga sidang percambahan fikiran mengenai subjek-subjek yang relevan dengan tugas-tugas pembangunan komuniti
  4. Menjalankan pemantauan bagi program-program yang dilaksanakan oleh jabatan agar terus relevan dan memberi impak kepada masyarakat
  5. Merancang projek-projek / program yang bersesuaian kepada golongan sasar
  6. Merancang pembangunan usahawan bagi golongan sasar
  7. Memberi penerangan dan khidmat nasihat bagi perlaksanaan program / aktiviti unit
  8. Urusan Pemantauan penerima bantuan peralatan pada golongan sasar
Skip to content