Pada tahun 2020, menerusi inisiatif Kerajaan dalam meningkatkan ekonomi wanita Negeri Johor, KIUB telah diperkenalkan dalam membantu Ibu Tunggal, Wanita Berpendapatan Rendah dan Orang Kurang Upaya mempertingkatkan potensi perniagaan yang diusahakan dengan kerjasama agensi yang berkaitan.

Pelaksanaan KIUB terbahagi kepada tiga zon utama iaitu Zon Utara (Muar, Segamat, Tangkak), Zon Tengah (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Mersing) dan Zon Selatan (Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi). Pecahan kursus mengikut zon adalah bertujuan untuk memberi peluang serta kemudahan kepada kumpulan sasar untuk menyertai kursus dan tidak hanya tertumpu pada satu- atu daerah atau lokasi sahaja.

Bagi memantapkan pengetahuan dan pengukuhan jatidiri usahawan, seminar keusahawanan serrta lawatan sambal belajar turut disediakan khusus bagi membuka minda serta membawa aspirasi dan semangat baru dalam membangun serta mengukuh kelestarian kemajuan perniagaan mereka.

Skip to content