Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling yang di mana sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor bertauliah & pegawai rundingcara yang professional. Para kaunselor dan pegawai rundingcara kami mempunyai pengalaman dalam mengendalikan masalah rumahtangga, keluarga dan  remaja sama ada secara individu atau berkelompok.

Bagi anda yang memerlukan khidmat kaunseling atau pegawai rundingcara kami, anda dikehendaki membuat permohonan dengan menghubungi kami di talian 07-266 6526 dan seterusnya membuat temujanji.  Kemudian, anda hendaklah hadir pada hari yang telah dijanjikan untuk menjalani sesi kaunseling. Tiada bayaran dikenakan, ia adalah percuma.

Setelah selesai kes anda pada kali pertama, pihak kami akan tutup fail kes manakala jika tidak selesai, kami akan menentukan tarikh temujanji baru dan kes akan dikendalikan sehingga selesai. Sekiranya kes perlu dirujuk kepada jabatan lain, kami akan rujukkan kes anda ke jabatan yang berkenaan.

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA.

Skip to content