YPKDT telah melaksanakan Program Menjana Pendapatan Wanita Berpendapatan Rendah dan Ibu Tunggal bermula tahun 2003 sehingga kini. Program ini memfokuskan kepada kursus kemahiran dan bantuan peralatan perniagaan yang diberikan kepada ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah.

Sebagai kesinambungan kepada projek tersebut, pihak YPKDT telah menubuhkan beberapa buah Pusat Jayadiri sebagai “One Stop Centre” bagi melaksanakan  kursus-kursus kemahiran kepada golongan sasaran yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan wanita berpendapatan rendah dan orang kurang upaya (OKU) dalam usaha i membantu mereka menjana pendapatan. Selain itu juga, pusat ini boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).    

YPKDT telah menubuhkan 6 buah Pusat Jayadiri di Daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Kulai dan Tangkak. Ini merupakan satu usaha yang amat baik dari Kerajaan Negeri Johor dalam membantu golongan sasar meningkatkan taraf hidup selain bergerak aktif dan berdaya saing.

Maklumat-maklumat bangunan Pusat Jayadiri yang telah dibangunkan di bawah YPKDT adalah sebagaimana berikut:

BIL

DAERAH

ALAMAT

PEMILIKAN

1.

Johor Bahru

Bangunan JKR 584, Jalan Petri

Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI)

2.

Segamat

JKR 290 AB, 291 AB dan 292 AB di Jalan Sultan, Segamat

Pejabat Daerah Segamat

3.

Kluang

No.5 Tingkat Bawah, Jln durian,  Kluang

Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI)

4

Batu Pahat

Rumah PUSPANITA, 640, Jalan Dato’ Mohd Shah, 83000 Batu Pahat

Pejabat Daerah Batu Pahat

5

Kulai

No. 429 (A), Jalan Kenanga 29/10, Bandar Indahpura, Kulai Johor

Sewaan

6

Tangkak

No. 3, Jalan Sialang Tangkak, Taman Mahkota 2, 84900 Tangkak, Ledang Johor

Sewaan

OBJEKTIF

  • Pusat Jayadiri ini dibangunkan dengan tujuan mewujudkan sebuah pusat latihan kemahiran secara berkala, sistematik dan terancang dalam usaha melahirkan usahawan dikalangan golongan sasaran yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan wanita berpendapatan rendah dan orang kurang upaya (OKU) dalam pelbagai bidang.
  • Kekurangan peralatan dan alat kelengkapan di Pusat Jayadiri telah menyebabkan beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan kursus-kursus kemahiran dengan sempurna, malah YPKDT terpaksa menyewa dewan yang bersesuaian dan mencari alternatif lain bagi memastikan kursus dapat dijalankan dengan lancar dan efektif.
  • Selain itu juga, pusat jayadiri ini akan berperanan sebagai sebuah “One Stop Centre” yang berfungsi sebagai tempat aktiviti wanita, NGO dan kemasyarakatan yang memberi tumpuan terhadap isu-isu dan hal-hal wanita, keluarga dan sosial, selain menjadi tempat pengumpulan produk-produk usahawan YPKDT yang telah dilatih dan diberikan latihan kemahiran.
  • Membina kerjasama strategik di antara agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

JUSTIFIKASI 

  • Sejak tahun 2003 hingga 2019 peserta yang menyertai kursus adalah seramai 9016 orang yang terdiri daripada ibu tunggal dan golongan wanita berpendapatan rendah dan sehingga kini seramai 1363 orang yang telah berjaya menjana pendapatan. Pada Tahun 2019, seramai 616 orang yang telah menyertai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang dan seramai  20 orang daripada mereka, telah berjaya menjana 50% peningkatan pendapatan daripada pendapatan asal.
  • Pusat Jayadiri YPKDT Daerah ini memberi peluang dan kemudahan kepada golongan sasaran, ia juga membolehkan pelbagai pelaksanaan aktiviti sosioekonomi berjalan dengan lebih lancar dan tersusun sekaligus membantu lebih ramai lagi golongan sasaran memperolehi manfaat.
  • Selain itu juga, Pusat Jayadiri ini memerlukan kemudahan peralatan bagi menjalankan kursus dan aktiviti yang dirancang dengan lebih efektif. Ia juga salah satu usaha membantu penjimatan kos pelaksanaan sesuatu kursus dengan pengurangan bayaran penggunaan peralatan dan sewaan tempat yang diperlukan.

Pusat Jayadiri mempunyai dewan/ bilik seminar dan pusat latihan utk disewakan :

1- Johor Bahru- cadangan akan ditukar ke pejabat ypkdt daerah johor bahru. – bilik seminar / latihan (100 pax)

2- Segamat – bilik seminar, bengkel jahitan dan masakan

3- Kluang – bengkel masakan dan jahitan serta bilik seminar

4- Kulai – bilik seminar dan latihan

5- Tangkak- bilik seminar dan latihan

6- Batu Pahat – bengkel jahitan

(Hubungi kami untuk makluman sewaan).

Secara ringkasnya, fungsi Pusat Jayadiri :-

1- Pusat latihan kemahiran dan keusahawanan

2- Pusat aktiviti pembangunan modal insan

3- Pusat pembangunan komuniti dan kemasyarakatan

4- Pusat pengumpulan produk usahawan ibu tunggal dan golongan sasar

Skip to content